Ditanya mengenai keadaan dirinya, pelakon dan pelawak, Ebby Yus menerima aturan tuhan apabila diuji dengan penyakit buah pinggang kronik.
Artikel Berkaitan: Buah Pinggang Ebby Yus Rosak, Perlu RM5k Sebulan Untuk Sewa Mesin Dialisis – ‘Tak Ada Jalan Lain Melainkan Ada Penderma’
Artikel Berkaitan: Kesihatan Ebby Yus Merudum, Jep Sepahtu Datang Ziarah – ‘Love You Abang’
Takdir tuhan
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid mengingatkan untuk sentiasa bersangka baik pada perancangan tuhan.
Ujarnya, segala yang dimiliki hanyalah pinjaman.
Saya selalu cakap ini adalah bahasa tuhan yang kita mesti faham.
Kalau tuhan cakap jadi, maka jadilah.
Kita ini hanya hidup sementara, tapi diberi pilihan untuk berbuat baik atau jahat.
Kita jangan salahkan tuhan, segalanya datang dari dia.
Jangan yang baik sahaja kita terima, yang buruk pun kena terima.
Segalanya hanya pinjaman
Tambah Ebby, kita tidak selamanya dipinjamkan dengan kekayaan. Oleh itu, jangan terlalu bangga dengan apa yang dimiliki sekarang.
Saya pernah mewah dan kita perlu bersedia selepas kehidupan mewah.
Jangan terlalu bangga apabila kita mendapat sesuatu perkara.
Sekadar info, Ebby Yus menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kegagalan buah pinggang selama 17 hari sebelum dibenarkan pulang pada 23 Oktober lalu.
Sumber: TikTok Berita AlHijrah, Instagram Jep Sepahtu, Facebook Bozz Jebat