berita

‘Inilah Menu Kami Sejak PKPB, Anak Dah Merajuk’ – Kesempitan Hidup, Luahan Wanita Ini Undang Sayu

November 13th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Memang tidak dapat dinafikan, sejak negara kita dilanda Covid-19 kebanyakan rakyat dilihat telah kehilangan punca rezeki lebih-lebih lagi ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Hal ini secara tidak langsung memberi kesan kepada kehidupan harian sesetengah individu.

Seperti perkongsian seorang wanita, Mya Saraa menerusi Facebook Page Masak Apa Hari Ni (MAHN), dia yang terkesan dengan PKPB mengakui hanya mampu menyediakan nasi goreng bagi mengisi perut dirinya dan anak-anak. Sehinggakan anak-anak turut ‘merajuk’ makan menu yang sama hampir setiap hari.

Menu setiap hari

Tahap ujian kita lain-lain sis. Bersyukurlah selagi diberi nikmat yang dinamakan ‘kehidupan’. Ini lah menu kami setiap hari sejak kerajaan umum PKPB bulan lepas. Terpaksa diberhentikan kerja dan hilang sumber pendapatan harian. Alhamdulillah mujur ada jugak hidangan untuk makan pagi dan malam.

Menceritakan perkara itu, Mya memaklumkan bahawa dia dan keluarga terpaksa makan nasi goreng, keropok ikan dan kulit ayam pada setiap hati demi kelangsungan hidup. Walaupun begitu, dia meluahkan rasa syukur kerana masih diberi rezeki untuk mengisi perut dengan menikmati hidangan makan pagi dan malam.

Anak-anak macam dah merajuk sebab dah hari-hari makan nasi goreng ni. Biasa lah budak-budak kan tapi saya berusaha ajar anak supaya tetap bersyukur dengan rezeki yang Tuhan bagi. Tak ada ayam atau daging pun tak apa, ada keropok dan kulit ayam (hasil pemberian sebuah kedai makan) pun dah cukup sedap. InsyaAllah bila dah boleh kerja lepas PKPB ni kita makan ayam KFC pulak ye anak-anak ku tapi bila anak cakap nasi goreng Mama ni paling best atas muka bumi, terus hilang letih dan sedih. Doakan kami sekeluarga kuat ye.

Dalam kesempatan itu, Mya memohon orang ramai menitipkan doa agar mereka sekeluarga akan terus kuat menghadapi ujian yang diberikan ini.

‘Semoga puan dimurahkan rezeki’

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya turut bersimpati dengan nasib yang menimpa  wanita ini selain mendoakan agar mereka dimurahkan rezeki. Tidak kurang juga, ada yang bermurah hati untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga ini.

Sumber: Mya Saraa (Masak Apa Hari Ni)

SKIP THIS AD ×