berita

‘Inilah Pengorbanan Wanita, Demi Mendapatkan Cahaya Mata Dan Zuriat’ – Pembantu Peribadi Siti Nurhaliza

October 19th, 2017 | by Shafika
Kini Trending

Baru baru ini, Datuk Siti Nurhaliza telah mengumumkan dirinya hamil 4 bulan. Berita baik tersebut dikongsi oleh Siti mendapat pelbagai reaksi dari netizen termasuk kenalan kenalan artis. Rata-rata melahirkan rasa teruja dan gembira dengan perkhabaran itu.

Di Instagram, perkongsian Rozi Abdul Razak yang merupakan pembantu peribadi Siti Nurhaliza ini buat kami sebak. Bayangkan selama 11 tahun Siti berkorban tanpa henti untuk mendapatkan zuriat.

Tanpa henti mencuba kaedah

Sebelum @ctdk berkahwin, kami merancang untuk bercuti ‘pantang’ bersama-sama. Maklum saja, kami sering bekerja bersama dan bercadang untuk bercuti pantang juga bersama. Memang agak lucu tetapi begitulah perancangan kami.

Bulan demi bulan, tahun demi tahun, belum ada rezeki beliau untuk dikurniakan cahayamata dan anak bongsu saya juga kini sudah berusia 10 tahun. Saya ringkaskan cerita panjang @ctdk, beritahulah apa saja cara, namakan petua dan rawatan, sebut saja kaedahnya, beliau terus mencuba, ya, tanpa henti.

Beliau berkorban selama 11 tahun

Bila orang bercakap tentang saiz badannya selepas berkahwin, saya kata, wanita di luar sana mesti faham. Tubuh wanita pasti akan mengalami perubahan saiz kerana inilah proses rawatan kesuburan, mungkin anda boleh ‘google’ jika mahu mengetahui lanjut namun saya tahu, ramai yang faham dan maklum.

Tidak timbul soal tidak diet dan sebagainya, malah beliau aktif beriadah, senaman dan menjaga pemakanan (sesuai saranan doktor) namun dalam masa yang sama rawatan ini juga memungkinkan saiz badan akan bertambah.

Beliau berkorban jika ada acara besar seperti konsert, mengenepikan rawatan dan kembali melangsingkan badan untuk lebih ‘presentable’ di atas pentas. Kemudian beliau mencuba lagi, lalu kembali fokus kepada acara besar dan meninggalkan sebulan dua rawatan. Begitulah rutin beliau selama 11 tahun ini.

Nikmat sabar itu indah

Bukan sekali dua beliau berehat, namun kami bijak mengatur jadual lalu beliau kelihatan selalu aktif, walhal sedang di dalam rawatan. Apabila keputusannya negatif, beliau kembali bekerja seperti biasa. Inilah pengorbanan wanita, demi mendapatkan cahayamata dan zuriat.

Berita beliau hamil telah menggerakkan ramai wanita di luar sana menghubungi dan bertanyakan tentang rawatan yang @ctdk lakukan. Berita ini memberikan semangat dan harapan kepada wanita-wanita yang belum dikurniakan cahayamata. Nikmat sabar itu indah. Teruslah berusaha, setiap apa yang Allah uji kita ada hikmahnya.

Sumber : rozisangdewi

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×