Bertugas sebagai seorang penghantar makanan dan barangan bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak cabaran yang dihadapi apabila nak berhadapan dengan vendor dan juga pelanggan namun, mereka tetap komited dalam menjalankan tugas.
Bukan itu je, di masa-masa negara dilanda pandemik dan banjir baru-baru ini mereka inilah antara individu yang turun tangan menghulurkan bantuan. Jadi, baru-baru ini kami telah menghubungi beberapa orang abang dan akak rider untuk share serba sedikit pengalaman berharga mereka membantu insan yang memerlukan.
Majdi Bin Yaakob- kita tidak tahu bila kita berada disituasi mereka.
Menurut salah seorang rider, Majdi Bin yaakob atau lebih mesra disapa sebagai Uwis, membantu insan yang memerlukan merupakan tanggungjawab yang dipikul oleh semua orang.
Katanya, “Kita tidak tahu bila kita berada disituasi mereka, tanpa kita siapa lagi yang perlu membantu mereka… disaat mereka memerlukan pertolongan, kita hulurkan tangan memberi bantuan.”
“Bentuk bantuan yang diberikan tidak semestinya dalam bentuk wang, ianya boleh datang dalam pelbagai bantuan. Misalnya, membantu menunda motosikal individu yang rosak, kehabisan minyak, membantu membelikan barangan & makanan kepada individu yang menjalani kuarantin dan juga membantu membersihkan rumah mangsa banjir.” Jelas Uwis.
Siti Hajar- Mereka sangat memerlukan bantuan dan sumbangan tenaga
Selain Uwis, Siti Hajar dan suaminya juga berkongsi pengalaman mereka membantu mangsa banjir besar yang berlaku di Hulu Langat baru-baru ini. Sepanjang berada disana, Siti dan team rider yang lain berkesempatan membantu membersihkan rumah dan kawasan sekolah berdekatan.
“Masa saya sampai je di Hulu Langat, saya sangat sedih tengok keadaan dekat sana, hampir keseluruhan rumah dan sekolah tenggelam akibat banjir besar, yang paling saya sedih sekali ada yang sampai hilang rumah. Barang-barang mereka habis rosak, lumpur sangat tebal di dalam rumah dan sekolah. Kami hanya mampu tolong apa yang kami mampu tolong saja, dan mereka dekat sana sangat memerlukan sumbangan tenaga orang ramai.”
Shafizal Zairomi- Tak selalunya kita berada diatas.
Turut serta dalam misi membantu mangsa banjir, Shafizal Zairomi, 25 tahun, berkongsi sedikit bingkisan saat dirinya dan rakan-rakan turun padang dalam usaha membantu mangsa-mangsa banjir di Hulu Langat.
“Biarlah video yang saya kongsi ini bercerita mengenai situasi yang berlaku disana dan apa yang saya dan rakan-rakan telah lakukan. Paling penting, kita kena sentiasa ingat yang kita tak kan selalu berada diatas. Maka, tidak salah untuk kita bantu mereka yang memerlukan ini. Saya sendiri kesian dan simpati dengan nasib mangsa-mangsa banjir ini.”
Abid- Bantu sesiapa sahaja yang mengalami kesusahan.
Muhammad Abid Azfar Bin Roslan, adaalah salah seorang rider yang berjaya kami hubungi. Dia dan rakan-rakan kini giat membantu mangsa-mangsa banjir besar yang berlaku di Lembah Klang baru-baru ini.
“Saya kurang gemar menceritakan pengalaman ni, risau akan mulut-mulut yang berkata saya riak dalam melakukan kerja amal. Tapi saya bercerita disini sebagai sharing kepada umum tentang kerja seorang rider. Kebiasaan kerja amal yang saya atau semua rider lakukan adalah menolong sesiapa sahaja yang mengalami kesusahan ketika berada di atas jalan raya. Masalah yang kerap berlaku adalah kenderaan habis minyak atau gangguan teknikal.”
Tambahnya lagi, “Baru-baru ini (Disember 2021) hampir seluruh kawasan Klang Valley (KV) lumpuh dilanda banjir kilat. Kami (rider-rider) berganding bahu tidak kira asal usul, zon bekerja, kaum, umur dan jantina bersama turun ke kawasan yang ditimpa masalah tersebut bagi menghulur bantuan dari segi tenaga untuk bergotong-royong membersihkan kawasan banjir.”
Yus Baihaki- Kampung saya di Kelantan pun banjir setiap tahun!
Bagi Yus Baihaki, menjadi anggota rider foodpanda merupakan satu pengalaman yang berharga. Banyak pengalaman yang ditimba dan ada banyak kawan katanya.
“Kelebihan menjadi anggota rider delivery ni ialah kerja kita fleksibel. Jadi, mudah nak bergerak menghulurkan bantuan pada mereka yang memerlukan. Walaupun, hanya bantuan kecil di mata kita tetapi di mata mangsa yang menerima ianya satu rahmat besar.”
“Lagipun, mungkin kerana rumah kat kampung saya di Kelantan pun banjir setiap tahun, jadi dapatlah rasa sedikit sebanyak apa yang mereka lalui sekarang.”ceritanya kepada kami.
Yus menyatakan memang sepatutnya kita tunjuk contoh yang baik pada masyarakat, bagi saya perkara ini tidak boleh di buat-buat ia datang daripada dalam diri kita sendiri.
Begitulah serba sedikit perkongsian abang-abang dan akak-akak rider foodpanda kita bersama team rider mereka dalam usaha menghulurkan untuk individu-individu yang memerlukan. Kami disini doakan semoga Majdi, Siti Hajar, Shafizal Zairomi, Abid dan Yus sentiasa diberikan kesihatan dan dimurahkan rezeki diatas segala usaha yang mereka berikan.
Untuk saudara Abid, semoga dapat jadi rider batch 1 semula. Terima kasih dan #IniMalaysiaKita, dimana rakyatnya saling bantu-membantu dalam usaha menjaga sesama kita. #KitaJagaKita, kalau tak siapa lagi.
Sebagai sokongan tanda sokongan kepada usaha mereka jom kita pakat order makanan menerusi foodpanda. Banyak promosi dan penjimatan yang boleh korang nikmati sekarang.