Botol PET Polietilena tereftalat yang kebiasaannya digunakan untuk minuman telah dibuang berjuta-juta setiap hari.
Oleh sebab itu, kitar semula yang betul harus dilakukan untuk mengurangkan sisa dan menjimatkan sumber.
Bagi meningkatkan kesedaran tersebut, sistem Coca-Cola di Malaysia telah mengorak langkah penting dengan melancarkan botol Coca-Cola® Rasa Asli, Coca-Cola® Zero Sugar dan Coca-Cola® Vanilla 500ml yang diperbuat daripada plastik 100% kitar semula (tidak termasuk penutup dan label) di seluruh negara!
Kirsten van Zandwijk, Sustainability & Partnerships Director, ASEAN & South Pacific, The Coca-Cola Company berkata, “Menyedari betapa mendesak dan rumit cabaran sisa plastik di Malaysia, kami mengiktiraf perlunya usaha kerjasama bagi menangani isu ini.
“Selaras dengan komitmen kami untuk membina ekonomi kitaran di negara ini, kami telah memperkenalkan reka bentuk pembungkusan yang inovatif seperti botol plastik 100% kitar semula baharu kami.
“Ini selari dengan falsafah jenama kami ‘Dari Botol Jadi Botol’ yang menekankan bahawa setiap botol mempunyai ‘hayat kedua,” tambahnya lagi.
Inisiatif ini selaras dengan strategi pembungkusan mampan global The Coca-Cola Company, dengan sasaran untuk menggunakan sekurang-kurangnya 50% kandungan kitar semula dalam pembungkusannya menjelang tahun 2030 di seluruh dunia.
Khairul Anwar Ab. Gahani, Public Affairs, Communications & Sustainability Director, Malaysia-Singapore-Brunei, Coca-Cola Bottlers Malaysia memberitahu,
“Pelancaran botol plastik 100% kitar semula di Malaysia menonjolkan komitmen tidak berbelah bahagi kami terhadap kemampanan alam sekitar. Menyedari peranan penting yang dimainkan oleh perniagaan dalam menjana perubahan positif, kami kekal berdedikasi untuk menyokong dan memacu pengumpulan pembungkusan pasca pengguna.
“Matlamat kami adalah untuk terus menggunakan bahan kitar semula, dan melakukan sumbangan ketara ke arah objektif alam sekitar Malaysia. Dengan melibatkan diri secara aktif dalam amalan mampan dan membudayakan ekonomi kitaran, kami berusaha memberi sumbangan yang berterusan ke arah masa depan yang lebih mampan.”
Coca-cola juga bertungkus-lumus memacu inovasi dalam pembungkusan serta mengembangkan kapasiti pengumpulan dan kitar semula di Malaysia dengan kerjasama Coca-Cola Bottlers (Malaysia) Sdn Bhd, iaitu unit pembotolannya.
Sebelum pelancaran botol plastik PET 100% kitar semula, Coca-Cola Malaysia telah membawa kembali kempen ‘Recycle Me!’ untuk tahun kedua berturut-turut, bagi meningkatkan kesedaran serta memacu tindakan berhubung pengasingan dan kitar semula plastik.
Menerusi kempen ini, pengguna digalakkan mengumpul botol PET bagi menebus ganjaran tunai berdasarkan kuantiti sumbangan mereka.
Bagi setiap 10 botol yang disumbangkan, peserta akan layak menebus insentif beli balik Trash4Cash sebanyak RM0.10 serta Coca-Cola minuman.
Malah, pengguna kini boleh mengimbas kod QR pada ‘Smart Recycle Bin’ untuk memberikan butiran mereka sekali gus menjamin pengalaman yang lancar dan cekap.
Untuk maklumat lanjut tentang inisiatif kemampanan dan pengumuman masa depan Coca-Cola Malaysia, sila layari halaman Facebook, Instagram, atau laman web rasmi Coca-Cola Malaysia.