Isteri kepada pemain bola sepak, Safiq Rahim iaitu Zandra Aziela memohon doa dari Ilahi agar mereka sekeluarga dilindungi daripada sebarang musibah.
Artikel Berkaitan: Cermin Kereta Safiq Rahim Pecah, Diserang Dua Individu Guna Tukul Besi – ‘Tak Sangka Saya Pula Kena’
Artikel Berkaitan: Faisal Halim Stabil, Berada Di ICU 10 Hari Selepas Pembedahan Kedua
‘Lindungi kami’
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Zandra juga memohon agar dia dan keluarga dijauhi daripada golongan manusia yang mempunyai hasad dengki serta berniat jahat.
Ya Allah lindungi kami (keluarga) daripada segala bencana, bahaya, musibah dan mata-mata yang jahat. Amin.
Dalam hantaran sama, ibu kepada empat cahaya mata itu turut berkongsi semula sebuah petikan atau ‘quotes’ mengenai perancangan Allah yang sudah diatur untuk setiap hamba-Nya.
Pengaturan Allah atas segala urusanmu lebih baik daripada pengataranmu untuk dirimu.
Sesungguhnya yang terbaik itu adalah apa yang Allah pilihkan untukmu.
Malam tadi, cermin kereta Safiq Rahim dipecahkan oleh individu tidak dikenali berhampiran pusat latihan pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di Johor Bahru.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.05 malam itu dikongsikan oleh Safiq sendiri menerusi hantaran di Instagram miliknya berserta foto cermin bahagian belakang keretanya yang telah dipecahkan.
Insiden menyerang Safiq berlaku selang beberapa hari selepas nasib malang menimpa tonggak pasukan Selangor FC iaitu Faisal Halim yang disimbah asid dalam kejadian di Kota Damansara.
Sebelum ini, seorang lagi pemain bola sepak kebangsaan iaitu Akhyar Rashid turut terbabit dalam kes samun di Terengganu.
Sumber: Instagram