berita

Insiden Kepala Ditetak, Kamal Adli Masih Trauma- ‘Setiap Kali Keluar Rumah, Saya Pakai Mask’

May 12th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Pelakon, Kamal Adli mengakui dirinya masih trauma susulan insiden dipukul seorang lelaki sehingga cedera teruk di kepala ketika menghadiri suatu acara di Singapura, Mac lalu.

Artikel Berkaitan: Mahkamah Singapura Tidak Benar Penyerang Kamal Adli Diikat Jamin

Artikel Berkaitan: Individu Dakwa Uqasha Kaki Buli Mahu Selesai Cara Baik? – ‘Buktikan Pada Saya Yang Awak Bukan….’

Artikel Berkaitan: ‘Harap Semua Orang Tolong Jaga Keselamatan’ – Kamal Adli

Trauma

Menerusi temubual Hlive, Kamal atau nama lengkapnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 37, berkata dia terpaksa menggunakan pelitup muka setiap kali keluar dari rumah.

Setiap kali keluar rumah saya akan pakai mask, tapi tetap orang kenal. Sewaktu bulan puasa pergi bazar pun rasa tidak seronok, setiap kali dua langkah saya akan toleh belakang.

Saya memang jadi trauma, tapi isteri dan family cakap saya perlu lalui juga perkara ini sebab nanti akan jejaskan kerja. Saya perlu menjadi Kamal yang dulu.

Dalam masa sama, suami kepada aktres, Uqasha Senrose itu berkata sehingga kini dia masih tidak mengetahui punca sebenar individu tersebut menyerang dirinya.

Buat masa ini saya masih lagi menunggu keputusan pihak Singapura orang itu masih lagi di dalam (lokap) dan tunggu untuk dibicarakan. Dia pun telah dimasukkan ke dalam wad mental untuk pemeriksaan.

Saya sendiri tidak pasti kenapa saya kena ketuk, ketika kejadian pun saya ingat tak ingat, sedar-sedar kepala dah berdarah. Ia berlaku terlalu pantas.

Masa saya kena ketuk, terus terfikir saya ada ganggu anak orang ke? Kacau sesiapa ke? Tersalah bual dengan orang ke?

Dia ada fanatik tetapi tidak la sampai level macam itu, motif dia ketuk itu sama ada sebab saya atau Uqasha pun tidak pasti.

Terdahulu, Uqasha memuat naik video pendek di Instagram yang memaparkan dirinya sedang menangis di hospital dan memaklumkan suaminya telah diserang oleh seorang individu lelaki tidak kenali sehingga mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala.

Menurut Uqasha, ketika kejadian mereka sedang melayani peminat di sebuah ekspo yang berlangsung di Singapura sebelum ada seorang lelaki yang mencari suaminya.

Bagaimanapun, dia menyangka lelaki tersebut merupakan peminat Kamal yang ingin mengajak bergambar bersama. Namun, secara tiba-tiba lelaki itu mengeluarkan cota besi daripada poketnya sebelum bertindak memukul Kamal.

Sumber: Hlive

SKIP THIS AD ×