Terbaru, pelakon Kamal Adli telah memuat naik satu hantaran di akaun Instagram (IG) tentang keadaan dirinya setelah kejadian dipukul semasa berada di Ekspo Singapura jam 9.19 malam pada Ahad.
Artikel Berkaitan: Lelaki Serang Kamal Adli Dengan Cota Didakwa Hari Ini
Artikel Berkaitan: ‘Thank You Abang Aaron, Dia None Stop Call Semalam & Pastikan Kami Selamat’
Makin Stabil
Menerusi hantaran tersebut, Kamal Adli atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Mohammad Adli menzahirkan rasa syukur dengan keadaannya yang makin stabil selepas menerima rawatan.
Alhamdulillah Alhamdulilah. Kamal sekarang semakin stabil tapi masih lagi diberikan ubat-ubatan untuk menahan sakit, nanah dan lebam-lebam di bahagian badan.
Pelakon berusia 36 tahun itu juga berterima kasih kepada rakan artis dan orang ramai yang telah membantunya pada hari kejadian.
Terima kasih atas doa kalian. Terutamanya artis-artis di booth dan juga semua orang-orang Malaysia dan Singapura yang membantu Kamal.
Dalam pada itu suami kepada Uqasha Sensore ini juga menyatakan bahawa isterinya masih lagi trauma dengan kejadian yang menimpa dirinya itu. Justeru, aktor itu turut berpesan agar orang ramai sentiasa menjaga keselamatan dan tidak perlu bertelagah berhubung kejadian tersebut.
Kamal harap semua orang tolong jaga keselamatan kerana kita tak tahu siapa yang suka atau siapa yang benci kita.
Yang ketuk saya seorang sahaja bukan satu Singapura, jadi jangan gaduh-gaduh.
Terdahulu, pelakon Drama Akira Khan itu mengalami kecederaan sehingga perlu menjalani pembedahan apabila dia diserang oleh seorang individu yang tidak dikenali dengan dipukul berkali-kali menggunakan cota.
Sumber: Instagram