berita

Insiden Tanah Runtuh Di Villa Terkenal, 2 Mangsa Disahkan Meninggal Dunia

November 10th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Di Ipoh, Perak, berlaku satu insiden tanah runtuh di sebuah villa pada awal pagi tadi. Dipercayai dua individu dikhuatiri terperangkap dalam kejadian terbabit.

Dikhuatiri tertimbus

Foto:  Info Roadblock JPJ/Polis

Menerusi laporan Sinar Hariandua individu dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di sebuah villa yang terkenal.

Kami segera mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh bagi kerja menyelamat sebaik menerima panggilan mengenai kejadian.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tersebut pada pukul 1.28 pagi. Dipercayai mangsa merupakan seorang lelaki dan seorang perempuan dah sehingga kini, pasukan bomba masih giat menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa.

Dua disahkan maut

Foto: Info Roadblock JPJ/Polis

Menerusi tweet terbaru Harian Metro, mayat dua mangsa tertimbus dalam tanah sudah berjaya dijumpai pada pukul 9.55 pagi tadi, dan ia disahkan oleh Pemangku Ketua Polis Perak.

Di tempat kejadian, pihak pasukan penyelamat turut menjumpai dua pasang kasut sukan dipercayai milik kedua-dua mangsa. Namun, maklumat mengenai mangsa belum dapat dikenal pasti.

Sumber: Info Roadblock JPJ/Polis , Sinar Harian Harian Metro,

SKIP THIS AD ×