Tindakan pempengaruh media sosial, Iqbal Zulkefli yang memuat naik beberapa gambar dia mengenakan busana tradisi masyarakat India di Instagram telah menyorot perhatian pegawai polis yang pernah tular sebelum ini, Inspektor Sheila.
Artikel Berkaitan: Iqbal Zulkifle Mengaku ‘Gila Glamour’
Artikel Berkaitan: ‘Mengapa Pilih Saya? Iqbal Putih, Saya Hitam’ – Inspektor Sheila
Kacak macam raja
Menerusi hantaran di Facebook, Sheila atau nama sebenarnya Sheila Sharon Steven Kumar memuji ketampanan Iqbal mengenakan busana tradisional dari kaumnya.
Malah, Sheila berseloroh mengatakan penampilan Iqbal dapat mengatasi pelakon terkenal dari Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan.
Iqbal, saya baru bukak Facebook dan awak buat saya terkejut. Oh Tuhan! Awak nampak sangat kacak dengan mengenakan baju India kami. Awak macam seorang raja.
Lelaki Melayu kalau pakai baju tardisional India, Shah Rukh Khan pun boleh kalah. Apa pun awak dah boleh berlakon filem Tamil dengan saya, jom!
Dalam masa sama, Sheila turut akui teruja apabila pelantun lagu Hujan itu mampu menulis namanya dalam bahasa Tamil.
Malah, Sheila turut berterima kasih kepada Iqbal kerana menghargai bahasa ibundanya serta menghormati tradisi masyarakat India.
Awak juga mampu menulis nama awak iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli dalam bahasa Tamil, itu adalah sesuatu yang hebat. Terima kasih kerana menghargai bahasa Tamil, tradisi dan budaya kami.
Saya nak beritahu awak, awak benar-benar buat saya teruja. Kawan Facebook saya termasuk yang lelaki dan perempuan teruja dengan penampilan awak gayakan baju tradisi India.
Sumber: Facebook