berita

Inspirasi Filem & Lirik Dari Hollywood, Gadis Ini Kongsi Tips Buat Karangan Inggeris Lebih Menarik

March 26th, 2018 | by Shafika
Make-It-Senang

Bahasa Inggeris merupakan salah satu subjek wajib lulus yang dititikberatkan sebagai salah satu syarat untuk mendaftar masuk ke universiti awam. Walaupun ramai yang boleh bertutur dalam Bahasa inggeris, namun masih ada segelintir pelajar yang belum menguasai sepenuhnya subjek ini.

Pengguna akaun twitter ini berkongsi tips mudah bagaimana hendak menghasilkan karangan yang mampu memikat hati pemeriksa kertas peperiksaan.

‘Karangan favourite masa trial SPM..’

Alisya Rashid berkongsi satu karangan kegemarannya semasa menjawab peperiksaan percubaan SPM yang dilaluinya setahun yang lalu melalui akaun twitternya dan karangan tersebut mendapat markah hampir penuh.

‘Gunakan dialog movie dan lirik lagu..’

Selepas tweet nya yang pertama mendapat respon ribuan pengguna twitter, dia memuatnaik karangan penuh yang telah dibuat dan mengakui keseluruhan cerita yang ditulis adalah berdasarkan filem-filem hebat yang pernah ditonton dan lagu-lagu dari penyanyi terkenal Hollywood.

‘Saya buat karangan berdasarkan anime jepun..’

Ada juga beberapa pengguna twitter lain yang berkongsi tips yang serupa namun ia bergantung juga kepada minat masing-masing. Namun pengguna twitter lain juga turut menyarankan untuk membaca lebih banyak buku dan menonton filem-filem yang mempunyai jalan cerita menarik.

‘wow, that story plot..

Rata-rata netizen kagum dengan jalan penceritaan yang diolah Alisya dan dia berjanji akan berkongsi tips lain menerusi siaran YouTube miliknya.

Credit: alisya rashid

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×