berita

Insta Story Watsons Jadi Tumpuan Netizen, Kisah Duka Wanita Ini Bikin Ramai Sebak

October 3rd, 2019 | by Asyraf Khalib
Shout Out!

Pejuang kanser payudara, dari kiri: Swee Lee, Sarojini Kittu, Catharine dan Norbayati

Korang ada tengok insta-story Watsons tak? Baru-baru ini mereka ada menyiarkan kisah seorang wanita yang disahkan menghidap kanser payudara. Berita duka itu diterima ketika dia dan suami sedang berbulan madu. Sedih wei! Moment istimewa yang sepatutnya diisi dengan kenangan romantis akhirnya bertukar sepi dan suram.

Apa yang menakjubkan, semangat dan kecekalan wanita itu berjuang melawan kanser patut dijadikan inspirasi. Nak tahu apa kesudahannya? Korang kena baca artikel ni sampai habis.

Berdasarkan kisah benar

Kalau korang nak tahu, cerita pendek tersebut adalah kisah benar yang diinspirasikan daripada pengalaman pahit seorang wanita bernama Swee Lee.

Dengan kerjasama Breast Cancer Welfare Association (BCWA), inisiatif Watsons Malaysia untuk menjayakan kempen kesedaran bertema merah jambu ini patut dipuji.

Kami difahamkan, cerita pendek melalui Insta-Story ini adalah yang pertama diketengahkan oleh Watsons. Dan nampaknya, memang terima sambutan yang luar biasa lah. Tahniah!

TONTON KISAH TERSEBUT DI SINI

Beri kesedaran kepada orang ramai

Agak berbeza daripada kempen kesedaran yang lain, inisiatif Watsons Malaysia kali ini boleh dikatakan lebih luar biasa kerana menggunakan pendekatan media sosial untuk mendidik masyarakat.

Apa yang pasti, ia dah berjaya buka mata lebih ramai individu tentang pentingnya untuk belajar dan ambil tahu tentang kanser payudara.

Jom membeli sambil menderma

Selaras dengan kempen ini, Watsons melancarkan promosi besar-besaran di Watsons seluruh negara untuk mengajak rakyat Malaysia sama-sama menyokong kempen Pink Power.

Korang berpeluang enjoy jualan murah di Watsons sehingga 50% sepanjang Oktober 2019 untuk 30 jenama produk terpilih. Dengan pembelian mana-mana produk daripada jenama tersebut, korang dapat pulak RM10 baucar percuma!

Tak cukup dengan itu, Watsons juga membuka peluang kepada pelanggan Watsons untuk membeli sambil beramal tau. Sebenarnya, mana-mana pembelian berjumlah RM50 dan ke atas untuk jenama produk terlibat, RM1 akan disalurkan ke tabung BCWA.

Pink Power Sales bermula sekarang!

Ayuh rakyat Malaysia, jom ke Watsons sekarang untuk support kempen Pink Power ini. Bantu kami untuk sebarkan berita ini kepada kawan-kawan dan ahli keluarga korang tau.

Lebih banyak korang beli, maka lebih banyaklah wang yang akan disalurkan kepada BCWA. RM1 sumbangan korang tu sangat bermakna tau. Kalau nak dapatkan maklumat lebih lanjut tentang Pink Power Sales, korang boleh layari laman sesawang Watsons atau terus ke Instagram Watsons sekarang! 

SKIP THIS AD ×