berita

Instagram ‘Reels’ Akhirnya Dilancarkan Di Malaysia, Boleh Buat Video Pendek Macam TikTok!

March 23rd, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Instagram mengumumkan fungsi baru dalam aplikasi mereka yang dinamakan ‘Reels‘ hari ini bersesuaian gaya hidup terkini. Fungsi utama Reels adalah membuat video pendek yang menghiburkan boleh dikongsikan di Instagram. Anda kini boleh menyimpan klip audio, berkongsi halaman audio melalui mesej langsung, dan melihat For You and Trending.

Fungsi video yang menarik

Ciri-ciri baru ini akan memudahkan pengguna berkongsi dan menyimpan klip audio seperti aplikasi TikTok. Anda boleh merakam dan sunting video berbilang klip selama 15 saat ke 30 saat dengan audio, kesan, dan fungsi kreatif baru. Melalui ciri ‘Save Audio’ yang baru, pengguna dapat menyimpan suara dalam aplikasi dan menggunakannya untuk klip Reels mereka sendiri.

Pencipta kini dapat mengenal pasti lagu dan klip yang sedang trending dengan lebih mudah. Mereka juga dapat bookmark video tersebut dan menontonnya kembali. Selain itu, semua fail audio yang disimpan akan dijumpai di bawah folder Audio di bahagian simpanan di Instagram.

Untuk bersaing dengan TikTok

Reels adalah ciri pembuatan dan perkongsian video pendek di Instagram yang telah dilancarkan oleh syarikat milik Facebook itu beberapa bulan yang lalu, untuk bersaing dengan TikTok. Ciri ini dilancarkan di India sejurus kerajaan melarang TikTok akhir Jun. Reels diperluas secara global tidak lama kemudian. Dalam kemas kini bulan lalu, Instagram membenarkan pengguna membuat video sehingga 30 saat, bukan hanya 15 saat.

Sebilangan lagi ciri asas tetapi berguna dilancarkan bulan lalu, termasuk memanjangkan pemasa hingga 10 saat sambil merakam video dan kemampuan untuk potong dan padam sebarang klip. Fungsi baru ini adalah bertujuan untuk menarik lebih banyak pengguna Reels dengan ciri baru.

Sumber : Instagram

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×