berita

‘InsyaAllah, Kami Akan Muncul’ – Naim Daniel

January 27th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Poster peserta Famili Duo dan senarai lagu pilihan mereka bagi tema lagenda atau idola akhirnya telah dimuat naik di Instagram TV3, hari ini. Namun begitu, apa yang menarik perhatian netizen ialah ketiadaan gambar pasangan sepupu, Naim Daniel dan Sissy Imann di dalam poster berkenaan.

Sissy belum beri kata putus

Penyanyi, Naim Daniel mengakui tidak dimaklumkan berhubung ketiadaan gambar dan lagu persembahan bagi minggu separuh akhir. Tambah Naim, dia dan sepupunya, Sissy Imann juga belum memberi kata putus sama ada akan meneruskan perjuangan dalam program tersebut berikutan masih tiada lagu untuk dipersembahkan.

Sebenarnya saya pun baru tahu gambar kami tiada dalam poster minggu separuh akhir. Tak boleh nak beri komen, rasanya okay sahaja. Kita tunggu dulu ya. Apa yang saya boleh katakan, kami sedang dalam proses menguruskan beberapa perkara. Belum dapat kata putus lagu untuk minggu ini. Selalunya selepas tamat konsert, kami terus memberikan senarai lagu untuk minggu seterusnya. Tetapi kali ini, lagu pun tiada lagi. Doakan kami ya. Insya-Allah, kami akan muncul.

Ujar Naim, Sissy masih memerlukan masa dan belum bersedia untuk bercakap atau memberi sebarang komen mengenai insiden yang berlaku.

Memang saya ada hubungi Sissy. Dia belum bersedia untuk bercakap dengan sesiapa. Dia masih lagi dalam proses mencari semangat yang hilang selepas apa yang berlaku. Kami terima baik semua komen pelbagai pihak berhubung apa yang berlaku. Itu akan dijadikan obor semangat untuk kami terus berjuang.

Artikel asal daripada Utusan Malaysia. Ikuti berita terkini dalam dan luar negara di portal Utusan Malaysia

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×