Pelakon Intan Najuwa mempertahankan dirinya selepas seorang warganet bertindak menyindir tentang saiz pakaiannya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Intan Najuwa Nak Muntah Tengok Langsir, Pasu & Bau Kuda – ‘Tak Boleh Nak Abaikan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Semestinya Saya Nak Sempurna’ – Intan Najuwa Tempah Katil Bayi Raikan Anak Sulung, Netizen Teka Harga
Saiz ‘bathrobe’ Intan
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid berkongsi antara barangan yang akan dibawa ke hospital semasa proses kelahiran cahaya mata sulungnya nanti.
Walau bagaimanapun, terdapat seorang warganet yang kurang senang dengan saiz ‘bathrobe’ (jubah mandi) milik Intan.
Yakin ya terus XXS.
Jawapan Intan
Tidak berdiam diri, aktres berusia 27 tahun tersebut menyelar kenyataan warganet tersebut dengan menjelaskan bahawa ‘bathrobe’ mempunyai potongan yang besar. Justeru itu, dia memilih saiz yang lebih kecil.
Amboi mulut kau. Tak payah yakin pun, itu nama dia ‘robe’, jadi memang saiz ‘robe’ saya masa tengah mengandung ni pun pakai XS atau S.
Potongan ‘bath robe’ memang besar sebab saya tak adalah gabak mana pun.
Kalau ambil M atau L jadi jubah bukan ‘robe’. Sekian terima kasih.
Terdahulu, Intan mendedahkan hamil anak pertama dan bakal menimang cahaya mata perempuan selepas hampir setahun mendirikan rumah tangga.
Untuk rekod, Intan selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos tahun lalu.
Sumber: IG Intan Najuwa