Perkongsian mengidam teh jenama dari Thailand oleh pelakon Intan Najuwa yang sedang hamil anak pertama mengundang rasa bimbang peminat.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Intan Najuwa Mengidam Nak Makan & Tengok Mamak Tebar Roti Canai – ‘Drama Orang Mengandung Ni Yang Bukan-Bukan Je’
Artikel berkaitan: [VIDEO] Intan Najuwa Nak Muntah Tengok Langsir, Pasu & Bau Kuda – ‘Tak Boleh Nak Abaikan’
‘Saya tak minum setiap masa’
Menerusi hantaran di Instagram Story, Intan memuat naik ‘screenshot’ mesej individu yang mengatakan pewarna dalam minuman tersebut boleh memudaratkan kesihatan ibu mengandung.
Jelas Intan, dia hanya sekadar ingin memenuhi kehendak mengidamnya pada waktu itu sahaja.
Malah, dia juga sangat mengambil berat tentang pemakanan dan sering mendapatkan nasihat doktor.
Hai semua, kalau awak tanya tentang teh ini, nak beritahu saya tak minum setiap masa. Saya hanya minum bila ada rasa nak minum dan biarkan saya nak menikmati mengidam saya semasa mengandung.
Kadang-kadang kita mahukan sesuatu yang tak biasa dapat, tapi saya berhati-berhati dan merujuk kepada doktor dan keluarga saya. Mereka kata tidak mengapa jika hanya bersederhana. Saya pun makan makanan sihat, jadi sedikit kelainan tidak mengapa!
Biarkan ibu mengandung menikmati
Bagaimanapun, Intan berterima kasih kepada mereka yang prihatin dengan keadaan dirinya dan meminta agar membiarkan ibu mengandung menikmati keinginan mereka sepanjang tempoh kehamilan ini.
Terima kasih kerana ambil berat tapi tolong biarkan ibu mengandung menikmati mengidam mereka. Tak perlu nak rosakkan kebahagiaan orang lain!
Kami bakal-bakal ibu dah ambil banyak makanan tambahan setiap hari. Jadi tolong biarkan kami puaskan mengidam kami ya?
Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Ahmad Azraf Azman pada 18 Ogos tahun lalu.
Pada 18 Julai lalu, Intan berkongsi khabar gembira sedang hamil anak pertama mereka.
Sumber: Instagram