berita

Intan Najuwa Dedah Suami Terpaksa Bertongkat Sebab Jatuh Kuda, Netizen Seloroh – ‘Ingatkan Ikut Trend, Tapi Lawa Tongkat Itu’

April 14th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Datin Intan Najuwa

Pelakon Datin Intan Najuwa menyatakan sebab mengapa suaminya iaitu Datuk Ahmad Azraf Azman menggunakan tongkat ketika marakam foto bersama pada 1 Syawal lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sebagai Seorang Isteri Saya Tahu Batas, Kena Jaga Air Muka & Hormat Dia Sebagai Suami’ – Intan Najuwa

Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Respon Netizen, Nafi Sedang Hamil Anak Pertama – ‘Alamak Itu Bukan Baby Bump, Itu Food Bump’

Jatuh kuda

Datin Intan Najuwa

Menerusi perkongsian di TikTok, Intan memberitahu suaminya menggunakan tongkat disebabkan badannya masih sakit akibat terjatuh ketika melakukan aktiviti menunggang kuda.

Kata Intan, suaminya tetap degil melakukan aktiviti tersebut biarpun hari raya semakin dekat.

Jangan tanya kenapa suami saya pakai tongkat. Dia baru lepas jatuh kuda.

Jadi masa dia okay, ada masa datang sakit dia. Saya pun pening.

Degil, seminggu sebelum raya pergi naik kuda.

Dalam hantaran sama, pelakon drama Jesnita itu mengucapkan selamat hari raya kepada pengikutnya.

Sementara itu, segelintir wargamaya yang singgah ke ruangan balas berseloroh mengatakan suami aktres itu sengajakan menggunakan tongkat kerana mahu mengikut ‘trend’.

Malah, tidak kurang juga ada yang memuji tongkat tersebut kelihatan cantik dan sesuai dengan gaya Azraf.

Sekadar info, Intan dan Azraf mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos 2023 di sebuah resort di Desaru, Johor.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×