Pelakon Datin Intan Najuwa akui sentiasa mengutamakan keselamatan anak sulungnya, Lunara apabila berada di tempat awam.

Artikel Berkaitan: Jarak Kehamilan Kedua Tak Sampai Dua Tahun Selepas Czer, Intan Najuwa Beri Pandangan – ‘Jangan Ikut Saya, Dengar Nasihat Doktor Sendiri’

Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Kongsi Rutin Harian, Sifatkan Diri Sebagai ‘Homebody’ – ‘Saya Tak Buat Apa Sangat, Habiskan Masa Di Rumah’

Keselamatan anak

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, dilihat memuat naik tangkap layar (screenshot) pertanyaan salah seorang pengikutnya.

Pada hantaran yang sama, individu tersebut mempersoalkan penggunaan tali keselamatan yang digunakan pada Lunara.

Masih belum reti jalan lagi ke?

Tidak berdiam diri, pelakon drama Racun Rihanna itu memaklumkan bahawa alat keselamatan bayi bukan hanya digunakan untuk mengajar anak berjalan.

Menurut Intan, anaknya kini di perlu diberi pemantauan yang lebih ekoran keadaannya yang sudah pandai berlari.

Bukan setakat jalan, anak saya boleh berlari dah tau. Sekiranya anda tak tahu, alat keselamatan bayi itu bukan untuk belajar jalan.

Lunara kalau di kafe memang kena pakaikan, sebab dia lari laju, kucing semua dia nak kejap.

Jadi, kena la pakaikan alat keselamatam untuk tak bagi dia pergi jauh.

Sumber: Instagram @intannajuwa