berita

Intan Najuwa Pakai Baju ‘Crop Top’ Sampai Terdedah Pusat?

December 13th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Intan Najuwa

Pakaian yang digayakan pelakon Datin Intan Najuwa sewaktu menyambut ulang tahun kelahiran suami kepada aktres, Nora Danish iaitu Nadim telah mencuri perhatian wargamaya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Persoal Kenapa Suami Sering Berpeluh, Intan Najuwa Balas – ‘Jangan Tanya Soalan Macam Orang Tak Sekolah’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Request’ Ayam Masak Kicap Tengah Malam, Intan Najuwa Turuti Permintaan Suami

Pakai crop top?

Intan Najuwa

Menerusi beberapa perkongsian di Instagram Story, Intan dilihat mengenakan baju jenis ‘crop top’ berwarna putih yang dipadankan dengan seluar labuh berona sama.

Bagaimanapun, apa yang mencuri tumpuan, pakaian tersebut kelihatan agak seksi kerana terdedah di bahagian perut sehingga menampakkan pusat.

Dalam perkongsian tersebut, turut kelihatan suami kepada Intan iaitu Datuk Ahmad Asraf Azman berdiri di sisinya.

Difahamkan, sambutan ulang tahun kelahiran Nadim itu disambut di sebuah pusat peranginan terkemuka, baru-baru ini.

Selain Intan dan suami, turut kelihatan beberapa individu lain dipercayai rakan kepada Nadim yang turut sama meraikan majlis tersebut.

Sekadar info, Intan selamat bergelar isteri kepada Asraf yang juga ahli perniagaan dalam majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di sebuah resort di Desaru Coast, Johor, pada 18 Ogos lalu.

SKIP THIS AD ×