berita

[VIDEO] Netizen Persoal Kenapa Suami Sering Berpeluh, Intan Najuwa Balas – ‘Jangan Tanya Soalan Macam Orang Tak Sekolah’

December 5th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

intan najuwa-2

Perkongsian video sambutan hari lahir suami pelakon, Datin Intan Najuwa iaitu Datuk Ahmad Asraf Azman mencuri perhatian warganet di media sosial.

Artikel Berkaitan: ‘Jodoh Allah Tentukan’ – Intan Najuwa Jawab Dakwaan Kahwin Lelaki ‘Sekufu’

Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Sekolahkan Netizen ‘Sedap’ Cakap Suami Nampak Tua – ‘Layan Saja Manusia IQ Rendah Ni’

Kuat berpeluh

intan najuwa suami berpeluh

Bukan kemeriahan majlis yang difokus sebaliknya netizen mempersoalkan kenapa suami Intan sering dilihat berpeluh.

Apasal (kenapa) lelaki dia selalu berpeluh?

Menjawab pertanyaan individu yang dikenali sebagai Lana itu, aktres berumur 26 tahun mengakui suaminya kuat berpeluh.

Dia memang jenis cepat berpeluh dan ada ja orang jenis cepat berpeluh. Terutama bila di tempat panas.

Di samping itu, pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid turut menyindir pertanyaan itu yang dianggap tidak cerdik.

Jangan tanya soalan macam orang tak sekolah. Penat nak jawab.

Sekadar info, Intan mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Asraf Azman yang juga seorang usahawan pada 18 Ogos lalu.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×