Pelakon Datin Intan Najuwa berasa rimas dengan segelintir netizen yang mempersoalkan tentang kebersihan barangan bayi yang bakal dilahirkannya tidak lama lagi.
Artikel Berkaitan: Usaha Hias Bilik Anak Diperlekeh, Intan Najuwa Bidas Netizen – ‘Kita Hias Untuk Letak Barang-Barang Dia’
Artikel Berkatian: Intan Najuwa Berang Netizen Persoal Pakai ‘Bathrobe’ Saiz XXS – ‘Amboi Mulut Kau, Saya Tak Adalah Gabak Mana Pun’
Kebersihan barang bayi
Menerusi hantaran di Instagram Story, pemilik nama lengkap Intan Najuwa Abdul Wahid, 27, menegaskan, dia sudah mencuci semua pakaian dan keperluan bayinya sebelum digunakan.
Baju bayi semua saya dah hantar pergi dry clean, cuci bersih-sebersihnya. Jika anda lihat masih ada tanda harga, sesetengah tempat cuci akan tanggalkan dan pasang semula selepas mereka mencuci.
Saya juga sudah asingkan baju yang akan dipakai ketika usia tiga hingga enam bulan untuk dicuci nanti. Sebab baju itu belum mahu dipakai sekarang.
Saya sudah banyak beri penjelasan tetapi ada di antara kalian yang cakap itu ini.
Tidak hanya baju, Intan berkata, seluruh kawasan rumahnya juga sudah dibersihakan termasuk disanitasi sebelum dia membawa masuk bayinya ke dalam kediaman.
Jangan cakap baju, bilik, satu rumah saya panggil orang datang bersih dan cuci siap sanitasi lagi sebelum bawa bayi masuk.
Kalau nak cakap fasal kebersihan, awak semua tidak akan percaya bagaimana saya sangat mengambil berat tentang itu. Kadang kala soalan macam ini benak ubi sangat.
Sumber: Instagram