Pelakon Datin Intan Najuwa bersuara selepas seorang netizen melabel suaminya, Datuk Ahmad Asraf Azman sudah tua meskipun baru berusia 39 tahun.
Artikel Berkaitan: Suami Beri Intan Najuwa Kuda Putih Sempena Hari Jadi – ‘Hadiah Yang Paling Terbaik’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Cantik, Pandai Masak Pula Tu..’ – Suami Tak Sihat, Intan Najuwa Masakkan Sup Ikan Jenahak
Menjawab komen netizen
Intan, 26, tampil menjawab komen netizen yang mendakwa suaminya itu sudah berusia ketika bersiaran langsung di TikTok miliknya, baru-baru ini.
Saya tak tahu mungkin dia duduk dekat alam lain, atau duduk di planet yang tidak di ketahui, mungkin umur 39 itu bagi dia dah tua ganyut dah.
Bagaimanapun, pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid tidak melenting sebaliknya berseloroh dengan individu terbabit.
Tak apa kita layan sahaja manusia IQ rendah ini. Orang yang IQ rendah ini suka buat lawak bodoh, sebab dia ingat kita bodoh macam dia Kesian ye.
Dia ingat dia lah yang terpaling lawak dan terpaling cool. Nampak awak bodoh sangat tau. Pergi la duduk di planet lain, jangan datang di muka bumi.
Kita orang dekat bumi ni IQ tinggi sikit, dekat planet awak mungkin IQ tu sama rata sahaja macam awak. Anak buah saya pun IQ tinggi sikit dari awak.
Sumber: TikTok