Pelakon, Datin Intan Najuwa mendedahkan tidak pulang ke kampung halaman untuk beraya pada tahun ini kerana mahu mengelakkan anaknya, Imane Lunara tertekan kerana kesesakan lalu lintas.

Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Nafi Takde ‘Bonding’ Dengan Anak – ‘Pergi Kedai Runcit 10 Meter Depan Rumah Pun Aku Angkut’

Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Cemas ‘Babysitter’ Bagitahu Luna Ada Kahak, Bergegas Bawa Ke Emergency – ‘Semua Okay, Saya Yang Drama Queen’

‘Lunara masih kecil’

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid berkata keputusan itu sangat sukar baginya kerana dia tidak pernah terlepas menyambut Syawal bersama keluarga di Johor Bahru.

Tahun ini, kami team raya di Kuala Lumpur. Ia sangat sukar sebab kami sebelum ini tidak pernah terlepas untuk balik beraya di Johor Bahru.

Lunara terlalu kecil untuk menghadapi kesesakan jalan raya. Kami tidak mahu dia tertekan kerana perjalanan jauh dan trafik.

Walaupun kami tidak dapat pulang beraya ke kampung pada tahun ini, tetapi saya selalu fikirkan keluarga saya di Johor Bahru dan ini adalah raya pertama tanpa keluarga besar kami.

Naik kapal terbang

Ditanya mengapa tidak memilih untuk menaiki kapal terbang, aktres berusia 28 tahun itu berkata buat masa ini dia masih belum bersedia lebih-lebih lagi Lunara masih kecil.

Saya tidak bersedia untuk membawa Lunara naik kapal terbang melalui segala tekanan ketika di berada di awan.

Sejujurnya, saya agak gementar untuk naik kapal terbang dan disebabkan itu kami tidak ke mana-mana buat masa ini.

Pun begitu, Intan berkata kemungkinan keluargnya akan datang melawat mereka ke Kuala Lumpur pada raya kedua nanti.

Sumber: Instagram