Pelakon Intan Najuwa telah dikecam di media sosial gara-gara berkongsi foto percutian menampakkan bahagian perut selepas pulang mengerjakan umrah.
Artikel Berkaitan: Baru Pulang Dari Umrah, Netizen Terkejut Lihat Pakaian Intan Najuwa
Bukan saya yang tulis
Susulan artikel yang mengundang salah faham, Intan tampil menegaskan petikan ‘menilai dari rupa’ bukan kenyataan darinya sebaliknya diambil daripada sumber lain.
Menurut Intan, dia masih dalam proses mempelajari serta bersikap terbuka dengan teguran yang diberikan.
Saya juga masih belajar banyak benda. Sesiapa yang bagi nasihat, saya terima dengan hati yang terbuka. Saya tak bagus pun, malah tidak sempurna langsung.
Saya juga pernah bergelut dengan dalaman saya untuk sentiasa perbaiki diri dan sebagainya. Jadi, ini adalah kenyataan saya dan terima kasih di atas semua nasihat.
Melatah baca headline
Sementara itu, menerusi hantaran berbeza di Instagram (IG), Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abd. Wahid berkongsi permohonan maaf yang diterima daripada netizen yang sudah ‘sedar’ selepas mengeluarkan komen-komen kesat.
Akui individu yang tidak didedahkan identiti itu, dia telah menuduh aktres berumur 26 tahun sudah mencabar Allah SWT.
Dalam pada itu, insan terbabit turut mendoakan agar pelakon drama Kekasih Paksa Rela akan menjaga imej wanita, kekal istiqamah serta dipermudahkan urusan.
Sumber: Instagram