Pelakon Intan Najuwa mengumumkan bahawa dia akan kembali aktif dalam dunia lakonan setelah selesai menjalani tempoh berpantang dan pulih sepenuhnya selepas melahirkan anak pertamanya.
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Respon Dipertikai Guna Kerusi Roda, Perut Kembung Macam Ada ‘Baby Bump’ – ‘Agak Mengejutkan Kerana Banyak Komen Daripada Wanita’
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Selamat Bersalin Bayi Perempuan – ‘Welcome To The World Imane Lunara’
Tunggu pulih sepenuhnya
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IG Stories), Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, menyatakan bahawa dia kini memberi sepenuh tumpuan kepada keluarganya.
Semestinya saya akan kembali berlakon sejurus saya betul-betul pulih.
Sekarang, fokus saya hanya pada anak, karier dan bisnes.
Bagaimanapun, dia tetap akan meneruskan karier seninya dalam masa terdekat.
Intan menjawab demikian susulan soalan daripada warganet yang bertanyakan mengenai perancangan kariernya sebagai seorang pelakon selepas bergelar seorang ibu.
Untuk rekod, Intan selamat bergelar isteri kepada Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos tahun lalu.
Berita gembira ini dikongsi oleh Intan apabila selamat melahirkan cahaya mata pertamanya, Imane Lunara pada 15 December tahun lepas.
Sumber: Instagram @intannajuwa