berita

Intan Saleh Geram, Simpati Dengan Nasib Shuhada – ‘Kenapa Perlu Berkasar Begitu?’

March 7th, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Usahawan dan selebriti, Intan Liana Saleh meluahkan rasa kecewa dan sedih berikutan kejadian tragis yang menimpa Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, yang dipercayai ditumbuk suaminya, iaitu pelakon Hafidz Roshdi sehingga menerima 10 jahitan di muka.

Artikel Berkaitan: ‘Aku Ada Rampas Apa-Apa Dari Kau Ke? Mengugut Tak Sudah’ – Intan Saleh ‘Perang’ Balik Dengan Izreen Azminda

Artikel Berkaitan: Tersenyum Bahagia Saat Suami Baring Di Riba, Netizen Doa Kebahagiaan Intan Saleh – ‘Akan Ada Pelangi Selepas Hujan’

Geram dan simpati

Menurut wanita berusia 38 tahun itu, dia mengakui amat geram apabila mengetahui tindakan kejam seorang suami yang sanggup mengasari isterinya.

Saya geram dan simpati terhadap Shuhada. Bagi saya kalau sudah lakukan perkara terbabit (berpisah), teruskan saja tapi janganlah sampai aniaya atau kasari perempuan. Itu perbuatan yang sangat salah. Semua sudah habis (berpisah), jadi kenapa perlu berkasar begitu. Saya tidak setuju dengan apa yang dilakukan.

Bukan itu sahaja, Intan juga memberitahu pernah berhubung dengan Shuhada untuk bercakap mengenai masalah rumah tangga yang ditanggungnya serta tindakan yang perlu diambil.

Saya ada berhubung Shuhada. Dia ada mesej saya di media sosial dan minta kata-kata semangat. Itu sahaja. Kami mula berhubung sekitar bulan lalu. Dia yang mesej saya terlebih dulu.

Awalnya dia ada minta saya untuk hubunginya namun tidak berlaku memandangkan saya baru selesai urusan proses pindah rumah. Cuma beberapa hari lepas baru kami dapat berhubung. Saya cakap pada Shuhada, apa-apa pun kita kena kuat, fikir anak-anak dan masa depan. Apa yang terjadi mungkin sudah ditakdirkan. Jadi kita perlu teruskan kehidupan.

Pernah melalui

Tambah Intan lagi, situasi yang kini dihadapi Shuhada sama seperti apa yang dilaluinya dulu. Malah, bekas madu kepada pelakon Izreen Azminda ini beranggapan setiap wanita perlu memiliki kewangan sendiri.

Macam saya memang dulu bermula dengan ‘zero’, tiada apa-apa. Samalah macam Shu (Shuhada). Jadi apa yang saya boleh nasihat berdasarkan pengalaman adalah rezeki itu akan ada untuk kita. Jangan takut, pada masa depan kita akan lebih bahagia.

Sebelum ini pada peringkat awal memang saya rasa ‘down’. Semua perasaan kita sudah rasa. Soal kewangan, semua bergantung kepada individu. Ada yang memilih untuk bergantung pada suami, keluarga atau sebaliknya. Cuma bagi saya apa yang terjadi membuatkan saya rasa kena ada (kewangan sendiri).

Sebab kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Kita perlu teruskan (bagi yang mula cari nafkah sendiri) sedikit demi sedikit. Malah walaupun kini saya sudah berkahwin, saya tetap teruskan perniagaan. Boleh juga untuk bantu suami dan keluarga.

SKIP THIS AD ×