berita

Inul Daratista Beri Al-Quran Bersaiz Besar Secara Percuma Kepada Peminat Bertuah – ‘Ini Ikhlas Daripada Saya Bukan Promosi!’

September 21st, 2021 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Penyanyi dangdut popular Indonesia, Inul Daratista memberi kitab suci Al-Quran bersaiz besar secara percuma kepada beberapa orang pengikutnya di Instagram.

Hanya 20 orang yang bertuah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Inul Daratista (@inul.d)

Menerusi posting yang dimuat naik, Inul membuka ruangan komen kepada 20 orang yang bertuah untuk menerima senaskah Al-Quran bersaiz paling besar seperti yang dibaca olehnya.

Pemberian Al-Quran jumbo, memenuhi janji saya buat teman-teman yang bertanya kemarin. Al-Quran ini saya akan berikan kepada 20 orang yang bertuah. Kalau teman-teman mahu Al-Quran ini, sila komen di bawah dan saya akan pilih. Ini juga bukan tujuan untuk endorse! Semuanya niat ikhlas daripada saya dan keluarga.

Sementara itu, Inul menegaskan bahawa pemberian Al-Quran tersebut tidak berkait dengan penglibatan mana-mana pihak penjual, sebaliknya ikhlas daripadanya sendiri.

Ramai yang mahu Al-Quran

Terbaru, Inul memberitahu bahawa dia menerima banyak respon di ruangan komen berhubung pemberian Al-Quran tersebut. Ujar Inul, ramai pengikutnya mahukan Al-Quran bersaiz besar itu. Oleh itu, pihaknya akan menyediakan lebih banyak Al-Quran selepas ini buat mereka yang bertuah. Cuma, Inul berharap para pengikutnya itu dapat bersabar. Ini kerana, tempoh penghantaran mengambil masa yang agak lama.

Sumber: Inul Daratista

SKIP THIS AD ×