Usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli memaklumkan tentang kolaborasinya bersama Diana Danielle terlebih dahulu kepada Farid Kamil yang merupakan suami kepada aktres tersebut.
Artikel Berkaitan: ‘Diana Kerja Keras Setiap Hari Demi Anak-Anak, Tak Pernah Minta Macam-Macam Dari Saya’ – Iqbal Zulkefli
Artikel Berkaitan: Iqbal Zulkefli Mengaku Boros, Pernah Habiskan RM1 Juta Dalam Seminggu – ‘Bosan Hidup Mewah’
Minta izin Farid
Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Iqbal memuat naik tangkap layar perbualannya bersama Farid.
Sebelum saya jalani muzik video Undur Diri bersama Diana, saya sudah maklumkan terlebih dahulu kepada Abang Farid Kamil.
Menurut usahawan berusia 31 tahun tersebut, tindakannya itu adalah untuk meminta izin Farid selain menghormati Diana yang masih memegang status isteri.
Sebelum mulakan marketing, saya minta izin dan mohon maaf dahulu, takut abang kurang senang.
Jangan risau, saya masih tahu batas dan hormati abang dan Diana juga.
Di akhir mesej tersebut, Iqbal turut menitipkan doa agar Farid dilimpahkan dengan rezeki dan kesejahteraan hidup.
Respon Farid
Walaupun tidak mendedahkan secara terperinci mesej yang dibalas oleh aktor berkenaan, namun Iqbal memberitahu segalanya berjalan dengan lancar.
Semuanya baik-baik sahaja.
Terdahulu, tindakan Iqbal memuat naik beberapa foto dirinya bersama aktres jelita itu telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen di media sosial.
Iqbal kemudian tampil menjelaskan bahawa Diana hanyalah heroin yang muncul di video muzik lagu terbarunya.
Sumber: IG Iqbal