berita

iQiyi Sedia Tawar VIP Percuma Untuk Semua Rakyat Malaysia Sempena Merdeka, Jom Layan!

September 1st, 2021 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Bulan Ogos setiap tahun merupakan bulan sambutan kemerdekaan buat negara kita. Walaupun sambutan tak meriah seperti dulu disebabkan pandemik, korang masih boleh raikannya dengan cara tersendiri di rumah. Ini la masanya nak layan cerita best di iQiyi!

Tajuk macam guna slang rakyat Malaysia kan? Ni la rekomen daripada netizen Malaysia yang awesome!

Tahu tak? Salah satu platform penstriman yang ada di Malaysia iaitu iQiyi dah rancang sesuatu yang menarik. Punya la tak nak korang bosan duduk di rumah, mereka nak bagi tawaran istimewa untuk semua rakyat Malaysia sempena merdeka ni. Susah nak percaya!

Tawaran istimewa sempena merdeka, dapatkan VIP Percuma di iQiyi sekarang!

Seronoknya! Istimewa sempena merdeka, iQiyi nak bagi VIP Percuma selama satu minggu untuk korang guna. Percuma tau, bukan senang nak dapat. Dengan VIP Percuma ni, korang boleh layan cerita yang korang suka di iQiyi sepuas-puasnya!

Bagi korang yang belum tahu, iQiyi merupakan antara platform penstriman yang korang boleh tonton banyak filem dan drama yang disediakan. Selain drama dan filem, iQiyi juga menyediakan tontonan animasi dan variety show.

Macam mana nak tebus VIP Percuma di iQiyi sempena merdeka ni?

Korang hanya perlu tebus melalui laman checkout mereka di aplikasi iQiyi atau https://www.iq.com. Pilih pelan mingguan dan daftar untuk pelan mingguan. Lepas korang daftar masuk, korang akan dapat VIP Percuma selama satu minggu pertama. Best kan? Tebus VIP percuma sekarang sebelum 12 September 2021.

iQiyi ada promosi diskaun 50% jugak sempena merdeka ni!

Eh, bukan tu je! iQiyi ada promosi menarik untuk korang yang nak pelan tahunan jugak tau. Korang boleh pilih untuk dapatkan diskaun 50% bagi pelan ‘standard one time quarterly‘ dan ‘yearly‘ wei. Memang berbaloi-baloi harga lepas diskaun!

  • Standard langganan suku tahunan
    @RM12.90 (selepas diskaun 50%)
  • Standard langganan tahunan
    @RM44.90 (selepas diskaun 50%)

Diskaun di iQiyi ni menarik, tapi nak tebus tu macam mana pulak?

Seperti biasa, korang hanya perlu tebus melalui laman web mereka di https://www.iq.com pada 6 September 2021. Lepas tu, korang tinggal pilih pelan yang korang berminat tu. Memang mudah la.

Lagi seronok, apa kata korang jadi ahli VIP di iQiyi? Kami jamin korang takkan menyesal punya la. Nak tahu kenapa?

Ahli VIP di iQiyi boleh nikmati faedah eksklusif!

Dapat apa kalau jadi ahli VIP di iQiyi ni?

Banyak faedah eksklusif yang korang akan dapat kalau jadi ahli VIP di iQiyi. Antaranya korang boleh skip iklan, langganan berharga RM1.90 untuk bulan pertama, kandungan eksklusif dan tontonan awal, Dolby Atmos, dan HD Penuh (4K). Istimewa okay!

Banyak rancangan menarik di iQiyi, jom layan puas-puas!

Apa rancangan menarik yang ada di iQiyi sekarang?

Paling best tentang iQiyi ni, banyak rancangan yang boleh ditonton. Kalau korang tak ada idea, boleh cuba tengok yang kami syorkan kat sini. Serius best untuk korang enjoy sempena merdeka!

MELAYU TEMPATAN

 

KOREA

CINA

ANIME

VARIETY SHOW

Istimewa Program: iQiyi first SEA original

Nampak menarik kan? Tak sabarnya nak tengok! Siapa tak nak tawaran dan tengok cerita best macam ni memang rugi beb. iQiyi je yang ada tau. Jom layan cerita yang korang suka puas-puas sempena merdeka ni!

Untuk info lebih lanjut, korang boleh klik SINI. Selamat Hari Merdeka!

SKIP THIS AD ×