Pelakon Iqram Dinzly tampil membalas semula kenyataan yang dikeluarkan oleh isteri pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh membabitkan pergelutan rumah tangga pasangan itu.
Artikel Berkaitan: ‘Bukan Aku Kahwin Dengan Kau Encik Iqram, Jangan Sibuk Hal Aku’ – Fara Salleh
Artikel Berkaitan: Iqram Dinzly ‘Back Up’ Shuk Sahar, Minta Orang Ramai Jangan Percaya Fara Salleh – ‘Hati Hati Dengan Wanita Akhir Zaman’
Kenyataan balas Iqram buat Fara
Menerusi hantaran di Instagram, Iqram menasihati Fara agar tidak terlalu mencanang kisah rumah tangga di media sosial sebaliknya merujuk kepada pihak yang bertanggungjawab.
Awak buat onar dengan kenyataan terhadap sahabat kami yang juga nama besar. Sekiranya benar awak menyayanginya tidak perlu guna sosial media untuk rasa diri itu lebih benar.
Pusat kaunseling ada, masjid ada, pejabat agama ada tapi bila awak kongsikan pada dunia ia bererti sesiapa pun ada hak untuk mempertahankan deria rasa terhadap sahabatnya.
Dalam pada itu, Iqram menjelaskan bahawa dia bukanlah berniat untuk masuk campur hal rumah tangga mereka namun kurang senang dengan tindakan Fara yang didakwa cuba memburukkan nama Shuk.
Kmai pun tak kuasa nak masuk campur hal rumah tangga sesiapa pun tambah pula makhluk seperti kamu.
Cumanya jadi geram apabila kamu cuba merosakkan nama sahabat kami, Shuk yang rasanya usaha gigih bagai nak memenuhi kehendak kami.
Terdahulu, Fara menerusi hantaran di platform Thread memberitahu dia menyesal mengahwini Shuk dan minta untuk diceraikan. Malah, Fara mendakwa Shuk tidak berubah dan masih dengan sikapnya seorang ‘kaki perempuan’
Untuk rekod Fara dan Shuk mendirikan rumah tangga pada November tahun lalu dan ini merupakan perkahwinan kedua pelawak itu.
Shuk sah bercerai dengan bekas isterinya iaitu Rossa Sera pada 22 Mac tahun lalu selepas lapan tahun berkahwin.
Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assyifatu Aimi, 5 tahun.
Hantaran Iqram di IG
Sumber: Iqram Dinzly