Sejak akhir-akhir ini, isteri kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar kerap kali menunjukkan hasil ‘berperang’ di dapur kepada pengguna media sosial.
Artikel Berkaitan: Ira Kazar Dipuji Pandai Masak Sotong Tumis
Artikel Berkaitan: ‘Som Som’ Ira Kazar Dipuji Cukup Rasa Lemak
Artikel Berkaitan: Selepas Selesai Kes Saman, Ira Kazar ‘Update’ Foto Terbaru Di Instagram
Seronok memasak
Terbaru, Ira menunjukkan skil memasak menu makanan barat di Instagram Story. Menerusi hantaran itu, Ira, 27, memuat naik foto hidangan stik sirloin yang sudah sedia untuk dijamah.
Sajian itu turut diserikan dengan sos lada hitam (black pepper sauce) hasil air tangan Ira bersama mashed potato (kentang lecek).
Dalam pada itu, Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin juga memilih lagu Hot in Herre nyanyian Nely sebagai muzik latar.
Sebelum ini, masakan sotong tumis yang dimasak Ira menerima pujian daripada kakak kandungnya, Yasmin Kazar. Kemudian, bubur som som pula dipuji cukup rasa lemak.
Terdahulu, Syamsul membuat pengumuman mengejutkan di Instagram apabila mengakui sudah berkahwin dengan Ira pada 6 Januari lalu, di Thailand.
Sekadar info, Syamsul pernah berkahwin dengan aktres Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014 namun pasangan ini bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Sumber: Instagram