Bekas isteri kepada pengarah sensasi Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar berkongsi beberapa tips kecantikan dan penjagaan kulit kepada pengikutnya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Puji Ira Kazar Giat Cari Rezeki Meskipun Baru Bercerai – ‘Walau Banyak Cemuhan, Dia Pilih Berdiam’
Artikel Berkaitan: Peguam Beri Penjelasan Mengenai Perbezaan Kes Tuntutan Perceraian & Kes Pengesahan Lafaz Cerai
Nak lawa macam Ira?
Pernah mengalami masalah kulit yang teruk, Ira atau nama sebenar Faghira Fatini Kazaruddin berkata, sekiranya mengalami ‘breakout’, dinasihati agar kembali kepada produk penjagaan kulit yang asas seperti pelembab dan krim pelindung matahari.
Saya pernah breakout dua kali, proses nak sembuh dari breakout itu mengambil masa yang agak lama.
Ketika itu saya rasa sangat stress dan ‘frustating’, tetapi saya belajar sesuatu ketika muka breakout.
Satu perkara yang semua perlu tahu, kalau muka breakout perlu kembali kepada basic skincare iaitu cleanser, moisturizer dan sun screen. Itu sahaja, cukup.
Ira berkongsi mengenai perkara itu menerusi sesi soal jawab atau ‘Q & A’ di Instagram Story miliknya.
Dalam pada itu, menerusi satu lagi hantaran pada entri sama, Ira turut berkongsi cara mengurangkan lingkaran gelap bawah mata atau ‘dark circle’.
Saya tiada sangat masalah dark circle, tetapi saya ada masalah eye bag yang sangat teruk. Pakai la eye cream macam mana pun tetap sama dark circle saya.
Namun, apa yang boleh saya kongsi, pergilah buat facial yang boleh kurangkan dark circle. Saya punya dark circle sangat ketara.
Sumber: Instagram