Kakak kepada pelakon Ira Kazar iaitu Yasmin Kazar, 37, memuji adiknya yang semakin handal beraksi di dapur selepas mendirikan rumah tangga sejak Januari lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kakak Kongsi Keadaan Terkini Ira Kazar -‘Dia Sentiasa Positif, Ayah Paling Okay’
Artikel Berkaitan: Ira Kazar Dipuji Pandai Masak Sotong Tumis
‘Makin pandai masak’
Ketika ditemui OhBulan!, Yasmin berkata pujian tersebut diberikan kepada Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin sebagai pembakar semangat untuk dia terus belajar memasak.
Benar, Ira sekarang dah semakin pandai masak sejak dia berumah tangga. Itu adalah perkara baik untuk dia.
Saya dan dia malah adik beradik yang lain bukan yang pandai masak sangat pun sebelum ini.
Kemudian lepas kahwin, masing-masing semakin pandai, itu adalah perkembangan baik juga.
Saya puji dia tentang itu, untuk beri dia semangat juga.
Terdahulu, Yasmin menerusi perkongsian di Instagram Stories (IG Story) memuat naik gambar sotong tumis yang dimasak Ira dan memuji hasil air tangan adiknya itu.
Malah, Yasmin akui terkejut dan tidak menyangka aktres itu mampu masak dengan sedap.
Sementara itu, kakak sulung kepada Ira yang dikenali sebagai Melor Kazar, 40, berkata dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat rumah tangga adiknya bersama suami yang juga pengarah sensasi, Syamsul Yusof.
Saya doakan yang terbaik untuk Ira dan suami (Syamsul). Saya pun nak cakap lebih tak boleh sebab bukan saya yang hadapi ujian itu.
Masing-masing dan besar, insya-Allah mereka boleh lalui semua ini.
Imbas kembali, Ira sah bergelar isteri kepada Syamsul pada 5 Januari selepas berita itu diumumkan sendiri oleh pengarah filem Mat Kilau itu menerusi sepotong video di Instagramnya.
Susulan itu, Puteri Sarah yang masih isteri pertama Syamsul ketika itu bertindak menfailkan perceraian sebelum sah bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.
Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul mendirkan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4.