Pejam celik, pejam celik tahun 2023 sudah hampir ke penghujungnya. Oleh sebab itu, OhBulan! ingin berkongsi mengenai carian paling tersohor bagi kategori orang di Malaysia sepanjang tahun ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Keluar Bekerja, Kalau Suami Mati Baru Berkabung’- Puteri Sarah Jawab Isu Tak Hormat Tempoh Edah
Carian paling tersohor
Berdasarkan pemerhatian pihak OhBulan! menerusi laman trend global, kisah rumah tangga Puteri Sarah dan pengarah Syamsul Yusof termasuk Ira Kazar menjadi berita paling sensasi sepanjang tahun ini. Mana taknya, ketiga-tiga nama mereka berada di senarai 10 teratas orang paling tersohor di Malaysia.
Selain mereka bertiga, nama pelawak, Jocelyn Chia yang sengaja mempersenda Malaysia dengan membangkitkan isu perkauman dalam satu video berdurasi 1:29 saat turut berada di kedudukan yang teratas. Menerusi video yang bertajuk ‘Singapore vs Malaysia’, Jocelyn didakwa telah membuat beberapa jenaka keterlaluan, salah satunya mengenai kehilangan pesawat Malaysia, MH370, yang didakwa ‘tidak mendarat’ dengan mimik muka mengejek. Berita berkenaan berjaya mencuri perhatian netizen sehinggakan ramai yang mencari siapa Jocelyn Chia.
Di samping itu, selebriti antarabangsa kelahiran Malaysia iaitu Tan Sri Michelle Yeoh pula menduduki tempat ketiga dan diikuti rapat oleh isteri pengarah Sabri Yunus, Ardini Angeline Tan