berita

[VIDEO] ‘Saya Keluar Bekerja, Kalau Suami Mati Baru Berkabung’- Puteri Sarah Jawab Isu Tak Hormat Tempoh Edah

July 12th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Pelakon Puteri Sarah berpendapat tiada sebarang masalah yang perlu dibangkitkan sekiranya dia keluar bekerja meskipun masih dalam tempoh edah.

Artikel Berkaitan: Dituduh Tidak Hormat Tempoh Edah, Yusof Haslam Tampil Pertahan Puteri Sarah – ‘Harus Faham, Sarah Bekerja Cari Rezeki’

Artikel Berkaitan: ‘Dah Sedekah Dekat Korang, Pun Masih Menyalak Lagi’ – Puteri Sarah Tuju Pada Siapa Tu?

Dah buat rujukan

Ketika ditemui OhBulan!, Sarah berkata dia sudah pun membuat beberapa rujukan dan mendapatkan panduan berhubung perkara tersebut.

Malah, Sarah menjelaskan, dia turut memaklumkan kepada bekas suaminya yang juga pengarah sensasi Syamsul Yusof untuk keluar berkerja.

Saya tiada masalah berkenaan isu edah kerana saya keluar atas urusan kerja. Alhamdulillah tiada siapa yang menghalang dan saya juga ada membuat kajian berkenaan edah.

Apa yang saya tahu, sekiranya suami mati baru isteri itu duduk berkabung di rumah, macam saya keluar sebab kerja.

Kemudian apa yang saya tahu, jika suami itu tidak meninggal (bercerai hidup) dalam tempoh tiga bulan, saya perlu maklumkan kepada bekas suami. Syamsul tahu saya sedang shooting.

Sarah berkata demikian ketika ditemui di majlis Pra Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH 35) yang diadakan di The Agam pada malam Selasa.

Dalam pada itu, pelakon drama Andai Itu Takdirnya berkata dia tidak terguris hati dengan ‘cakap nakal’ netizen yang mendakwa dia tidak menghormati tempoh edah selepas disahkan bercerai pada 13 Jun lalu.

Saya tiada masalah bila ada orang yang bercakap tentang perkara itu, cumanya bila ada yang tidak tahu saya akan maklumkan la apa yang sebetulnya.

Orang ramai pun tahu saya sibuk kerja sebab banyak yang saya kongsi dan update dalam media sosial.

Sarah merupakan calon Top 5 dalam kategori Aktres TV Popular dan antara yang memberi saingan ialah Anna Jobling, Raysha Rizrose, Sharifah Rose dan Siti Saleha.

Undian kini masih lagi dibuka dan peminat boleh mengundi melalui laman web rasmi www.abpbh.com.my.

Untuk rekod, Syamsul dan Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4. Namun pasangan itu disahkan bercerai talak satu pada 13 Jun lalu.

Video

@ohbulanofficial Puteri Sarah berpendapat tiada sebarang masalah yang perlu dibangkitkan. Kena cari rezeki ? #ohbulan #sembangentertainment #puterisarahliyana #jawab #isu #tak #hormat #tempoh #edah ? original sound – OHBULAN!

SKIP THIS AD ×