Selebriti media sosial, Ira Kazar mengambil maklum mengenai komen yang diberikan seorang guru vokal bernama Adzrin Adzhar yang menegur teknik nyanyiannya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ira Kazar Boleh Menyanyi, Suara Dia Sedap Cuma Lemah Pernafasan’ – Cikgu Vokal
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Kisah, Lantaklah Apa Orang Nak Cakap’ – Ira Kazar
Terima teguran
Tidak cepat melatah, Ira atau nama lengkap Faghirah Fatini Kazaruddin berkata, dia menerima baik teguran tersebut dan berhasrat mahu mendaftarkan diri ke kelas vokal guru berkenaan.
Terima kasih cikgu Adzrin atas teguran yang saya sangat perlukan. Nanti saya datang kelas cikgu.
Ira berkongsi mengenai perkara itu menerusi perkongsian di Instagram Story miliknya.
Terdahulu, seorang guru vokal yang cukup dikenali di TikTok iaitu Adzrin Adzhar memberi ulasan mengenai vokal Ira ketika dia membuat persembahan di sebuah acara, baru-baru ini.
Kata Adzrin, Ira memiliki warna suara yang merdu, namun teknik pernafasana yang digunakan salah sehingga menyebabkan nyanyiannya kelihatan penat.
Sumber: Instagram