berita

iRobot Roomba® i7+ dan Braava jet® m6 Bakal Memastikan Kebersihan Rumah Korang Terjamin!

June 22nd, 2021 | by Sya Alkaf
Shout Out!

Ramai orang ingat bila bekerja dari rumah kita akan ada masa lebih untuk buat benda lain. Bolehlah mengemas, memasak dan habiskan masa lagi lama bersama yang tersayang.

Tapi realitinya kadang-kadang kita ni bekerja di rumah sampai dah tak perasan terlebih masa bekerja. Mana nak uruskan keluarga, hal rumah lagi. Macam-macam lah. Kalau ada pembantu rumah, lebih mudah kan? Tak perlulah kita buat semuanya sendiri.

iRobot Roomba® i7+ pembantu rumah moden yang  korang perlukan!

Sekarang ni korang dah tak perlu pening kepala tentang hal penjagaan rumah. Tak perlu dah setiap hari nak vacuum sendiri semua kotoran dan habuk dekat rumah tu. Sebab iRobot dah ada iRobot Roomba® i7+ yang bakal memudahkan korang untuk menjaga kebersihan rumah!

iRobot Roomba® i7+ dilengkapi sistem Dirt Detect yang berkebolehan untuk membersih sesebuah sudut berulang kali bagi memastikan kawasan tu bersih sepenuhnya, ianya robot yang lebih pintar kalau nak dibandingkan dengan robot lain seumpamanya di pasaran tau!

Dengan fungsi Dual Beam Cliff sensors pula, iRobot ni lebih berkesan dalam membersihkan kotoran di atas karpet atau sebarang permukaan gelap. Disebabkan iRobot Roomba® i7+ ni punyalah bijak, dia akan elakkan tangga dekat rumah korang. So jangan risau, dia tak akan tergolek jatuh tangga okay?

4 sebab lain kenapa iRobot Roomba® i7+ adalah alatan rumah yang wajib ada!

  1. Virtual Wall Barrier: korang boleh set sendiri ruangan mana yang tak perlu iRobot Roomba® i7+ bersihkan dengan Wall mode 3M dan Halo mode 1.2M. Contohnya, korang pilih ruang makan haiwan peliharaan korang, jadi iRobot Roomba® i7+ tak akan ke kawasan tersebut.
  2. Imprint Smart Mapping technology: iRobot Roomba® i7+ berupaya untuk learn dan adapt dengan kawasan rumah. Ia boleh mengenal pasti sehingga 10 kawasan dan memilih ciri pembersihan terbaik secara auto bersesuaian dengan sudut tersebut.
  3. Clean base automatic Dirt Disposal: Ini ciri kegemaran saya! iRobot Roomba® i7+ akan kembali ke base secara sendiri setiap kali bin sampahnya penuh. Ia berupaya untuk menampung sehingga 30 bin sampah yang boleh bertahan sehingga 60 hari, ianya juga didatangkan dengan indikator bagi memudahkan korang.
  4. Imprint Link Technology: Selesai sahaja tugas iRobot Roomba® i7+ untuk menyedut kotoran di lantai, ia akan memberi isyarat kepada Braava jet® m6 untuk mop lantai pula! Fuhhh hebat betul!

Dengan iRobot Braava jet® m6, mop lantai kini lebih senang dan pantas

Sama seperti iRobot Roomba® i7+, Braava jet® m6 juga hadir dengan ciri Imprint Smart Mapping technology. Malah, kedua-dua rekaan robot ni telah pun di patenkan dan tidak boleh ditiru pihak lain. Haa kiranya memang unik lah, tak akan ada robot lain yang serupa dengan iRobot Roomba® i7+ dan Braava jet® m6.

Braava jet® m6 berkebolehan untuk mop basah kawasan dengan keluasan sehingga 400 kaki persegi dan berupaya untuk menyapu secara kering permukaan sehingga 1000 kaki persegi!

3 sebab lain kenapa korang perlukan Braava jet® m6

  1. Advanced Cleaning Solution: diformulasi dengan ciri istimewa sebagai solusi pembersihan terbaik, korang boleh pilih sama ada nak gunakan pad yang boleh dicuci semula ataupun pakai buang mengikut preference korang.
  2. Homa Based Charging Station: iRobot Roomba® i7+ akan kembali ke base untuk proses charging secara auto sekiranya kehabisan bateri, sebaik sahaja habis proses charging tadi ia akan kembali menyambung tugas untuk mop rumah korang sampai bersih.
  3. Precision Jet Spray: kebanyakkan robot pembersih lain di pasaran tidak mempunyai ciri Precision Jet Spray berbeza dengan Braava jet® m6 yang lebih berkesan untuk menanggalkan kotoran degil pada setiap permukaan.

 

Mudah dikawal menggunakan iRobot Home App

Cara nak kawal iRobot Roomba® i7+ dan Braava jet® m6 ni mudah je, semuanya di hujung jari menggunakan aplikasi iRobot Home App melalui telefon pintar ataupun tablet. Ianya sangat mesra pengguna dan mempunyai pelbagai jenis ciri khas bagi memudahkan korang untuk kawal iRobot.

Melalui aplikasi tersebut pengguna boleh reka sendiri rutin pembersihan untuk iRobot Roomba® i7+ dan Braava jet® m6 mengikut hari dan masa yang korang nak.

Kalau tiba-tiba air atau makanan tertumpah dan korang nak bersihkan kawasan tertentu je, apa lagi capailah phone tu dan hantar je iRobot korang. Settle!

Korang juga akan diberi pilihan untuk pembersihan mengikut keperluan keluarga, jadi tak payahlah korang susah-susah fikir kawasan mana perlukan pembersihan lebih atau sebagainya.

Kalau rumah korang dah pun dilengkapi dengan smart door locks, thermostats ataupun alatan pintar yang lainnya lagi senang! Sebab iRobot boleh berkomunikasi secara terus dengan setiap benda ni membolehkan proses pembersihan bermula sebaik sahaja korang keluar meninggalkan rumah.

iRobot Roomba® i7+ dijual pada harga RM5999 sementara Braava jet® m6 pula boleh didapati dengan harga serendah RM3599. Produk iRobot dipasarkan oleh Visionary Solutions Sdn Bhd syarikat pengedar berkredibiliti yang bertanggungjawab dalam memasarkan pelbagai produk keperluan rumah terkemuka di Malaysia.

Produk iRobot boleh dibeli secara atas talian di Lazada, Shopee dan Visionary Solutions sendiri, ataupun berkunjung ke rangkaian pengedar bersama mereka di ESH, HomePro dan TBM.

SKIP THIS AD ×