Pempengaruh YouTube terkenal, Isa Isarb membuat permohonan maaf susulan keterlanjuran yang berlaku menerusi konten terbaharunya sewaktu berkunjung ke Vietnam, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isa Isarb Buat Netizen Risau, Nak ‘Camping’ Tepi Gunung Berapi Selama 24 Jam – ‘Hati-Hati, Asap Sulfur Tu Bahaya’

Akan perbaiki kelemahan

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Isa mengakui kesilapannya dan pasukan serta menyesali apa yang telah berlaku.

Kami memohon maaf atas ketidaksopanan yang berlaku dalam video terbaharu kami di Vietnam.

Isa yang turut membuat permohonan maaf dalam bahasa Vietnam juga berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu memperbaiki kelemahan yang ada dari masa ke semasa.

Insya-Allah kami akan terus berusaha untuk menjadi lebih baik dari masa ke semasa.

Terdahulu, tular rakaman video memaparkan Isa dan rakan-rakannya yang sedang melakukan konten berkunjung ke Vietnam.

Video itu kemudiannya menyorot perhatian ramai apabila tindakan Isa yang meminta seorang pekerja di Vietnam untuk senyap dianggap sebagai biadab.

Permohonan maaf Isa

Sumber: YouTube, IGs Isa Isarb