Umum mengetahui, bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah, 49, telah dibebaskan daripada tuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 374.6 gram, dua tahun lalu.
Artikel Berkaitan: Bebas Hukuman Penjara 12 Tahun, Ismahalil Hamzah Gembira Dapat Walikan Anak
Artikel Berkaitan: Ismahalil Hamzah Bebas Hukuman Gantung, Sujud Syukur Dalam ‘Kandang’
Artikel Berkaitan: ‘Kebebasan Ini Adalah Kebenaran’
Terbaru, rindu Ismahalil terhadap ibunya, Salbiah Mat Noor, 88 akhirnya terubat apabila mereka berdua sudah berjumpa.
Rindu selama dua tahun
Menerusi perkongsian video di akaun Facebook isteri Ismahalil, Nor Haslinda Abd Manaf, suami dan ibu mentuanya dilihat saling berpelukan dan mengalirkan air mata dek kerana kerinduan.
Lebih memilukan lagi, suasana sedih dan hiba itu turut berlatarkan lagu Air Mata Ibu nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mana bait liriknya cukup membawa maksud yang mendalam.
Menurut Nor Haslinda, dia bersyukur ke hadrat Allah SWT dan berterima kasih kepada barisan peguam yang berjuang membantu suaminya sehingga berjaya dibebaskan oleh mahkamah pada Isnin lalu.
Terima kasih Allah atas peluang ini. Terima kasih kepada peguam dan ‘team’ (pasukan) yang lain kerana pulangkan anak ini bertemu ibunya. Terima kasih keluarga, kawan-kawan yang sentiasa membantu dan memberi kata semangat.
Terima kasih untuk diri sendiri juga kerana dapat harungi dugaan ini. Selamat menyambut Maal Hijrah.
Terdahulu, Ismahalil berkata dia mahu mengotakan janji kepada arwah bapanya untuk menjaga ibu tercinta yang kini kurang sihat dan menetap di Sepang.
Perkara pertama yang ingin saya lakukan selepas dibebaskan adalah berjumpa emak di kampung yang kini sakit dan kurang sihat.
Saya nak balik kampung untuk jumpa emak. Saya ingin menjaganya (emak) kerana sudah berjanji pada arwah ayah. Lagipun sudah dua tahun saya tak jumpa emak.
Sumber: Facebook