Semalam, bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah, 49, telah dibebaskan daripada tuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 374.6 gram, dua tahun lalu.
Artikel Berkaitan: Ismahalil Hamzah Bebas Hukuman Gantung, Sujud Syukur Dalam ‘Kandang’
Artikel Berkaitan: ‘Kebebasan Ini Adalah Kebenaran’
Jadi wali
Memetik Berita Harian, Ismahalil meluahkan rasa syukur apabila dengan pembebasan tersebut dia berpeluang untuk menjadi wali kepada anak perempuannya yang bakal bernikah pada Ogos depan.
Saya bakal menerima menantu, anak sudah bertunang dan bakal berkahwin pada Oktober depan.
Syukur, Alhamdulillah saya boleh menjadi wali kepada anak perempuan saya.
Dalam pada itu, Ismahlil berkata dia juga akan mengotakan janji kepada arwah bapanya untuk menjaga ibunya yang kini menetap di Sepang.
Menurutnya, perkara pertama yang ingin dilakukan selepas dibebaskan adalah berjumpa ibunya, Salbiah Mat Noor, 88, yang kini sedang sakit.
Saya mahu pulang ke kampung untuk berjumpa emak. Saya juga ingin menjaga emak kerana sudah berjanji pada arwah ayah.
Lagipun sudah dua tahun saya tidak dapat berjumpa emak.
Pada 21 Februari lalu, Ismahalil mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengedar dadah jenis kanabis seberat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, pada jam 5.35 petang 27 Ogos 2021.
Ismahalil didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan minimum 12 sebatan.
Sumber: Berita Harian