Kisah percintaan antara penyanyi Ismail Izzani bersama kekasihnya yang juga penyanyi Shalma Eliana sudah diketahui umum. Bagaimanapun, pengakhiran hubungan itu tidak seindah seperti yang disangka apabila putus di tengah jalan.
Dah putus cinta
Ismail atau lebih mesra disapa Mael mengesahkan berita kurang gembira itu. Menerusi temu bual di Melodi pada Ahad, Mael berkata dia dan Eliana sepakat untuk memilih jalan sendiri namun mereka tetap berkawan.
Walaupun tidak memperincikan punca utama, Mael, 21, mengakui dia telah melakukan kesilapan.
Ya betul kami dah putus. Pada masa sama, kami memilih jalan tersendiri sebab saya pun banyak lagi perkara nak explore and experience. Sama juga dengan Yana (panggilan Eliana), kami masih berkawan.
Berkenaan (isu curang) sebelum ni, saya boleh katakan saya yang melakukan kesilapan. Sekarang saya nak fokuskan pada diri sendiri, keluarga dan orang sekeliling yang memberikan perkara positif.
Buang cincin berlian
Pada Disember tahun lalu, Mael telah menghadiahkan sebentuk cincin berlian sebagai tanda janji ‘setia’. Ditanya sama ada cincin itu dipulangkan semula, pelantun lagu Bidadari mendedahkan sudah dibuang ke dalam sungai ketika mereka sama-sama pergi berkhemah.
Ada satu perkara yang terjadi pada cincin itu. Satu hari saya dan Eliana ada pergi berkhemah bersama beberapa orang kawan. Semasa kami di sungai, saya cakap dengan Eliana, apa kata kita buang je cincin ini. Itu adalah detiknya.
Walaupun ia adalah detik yang agak sukar namun, saya rasa itu juga adalah perkara yang terbaik untuk Eliana. Saya gembira dengan keadaan dia sekarang. Dia semakin bermotivasi dan banyak meluangkan masa bersama keluarga serta rakan-rakan
Dalam pada itu, anak kepada penyanyi era 1980-an, Datin Suliza Salam, mengakui masih menyayangi Eliana namun belum bersedia untuk kembali bersama.
Saya masih menyayangi Yana, dia sangat bermakna dalam hidup saya. Dia banyak ajar saya, dia juga ubah diri ini untuk berdiri di posisi yang tidak pernah berada.
Untuk sekarang saya rasa tak! Selagi saya tak bersedia, saya tak akan kembali dekat dia. Saya penat untuk buktikan yang saya worth it. Saya penat untuk buktikan I’m not a mistake. Saya penat dah sakitkan hati sesiapa. Insya-Allah bila saya dah sedia, saya akan sayang dia.
Terdahulu, Ismail dan Eliana berkenalan sejak 2014 dan mula rapat empat tahun kemudian.
Sumber: Youtube TV9MALAYSIA Official