berita

Ismail Sabri Harap Bangkit 15 Dapat Beri Impak Besar Dalam ‘Perang’ Pilihan Raya Nanti

April 11th, 2021 | by Nurul
Kini Trending

Kredit: Berita Harian/Harian Metro

Baru-baru ini telah berlangsungnya satu program anjuran Biro Latihan dan Perkaderan UMNO iaitu Bangkit 15 peringkat Melaka dan Negeri Sembilan yang telah dirasmikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kalau korang nak tahu, Bangkit 15 mengfokuskan kemenangan pada Pilihan Raya Ke-15 (PRU-15) sebagai objektif utama dan sedang bersiap sedia menjelang hari tersebut.

Jom kami ceritakan serba sedikit tentang Bangkit 15!

Bangkit 15, perisai kukuh buat ahli parti

Kredit: Berita Harian/Harian Metro

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga selaku Pengerusi Biro Latihan dan Perkaderan UMNO,”Program Bangkit 15 ini melibatkan semua kepemimpinan seperti ketua, timbalan dan naib ketua bahagian, ketua sayap serta ahli jawatankuasa.

“Setiap daripada mereka akan turun ke cawangan, latih pemimpin UMNO cawangan pula, termasuk jentera parti di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM) bagi memastikan mereka mempunyai ilmu yang cukup sebelum berjuang’ pada PRU-15 kelak,” katanya.

Kredit: Berita Harian/Harian Metro

Selain itu, Bangkit 15 juga merupakan medium penting dalam mengubah kaedah dan strategi kempen yang terdahulu kepada strategi yang lebih moden, terutamanya melalui penggunaan teknologi maklumat sesuai dengan kitaran Revolusi Perindustrian 4.0.

Ini kerana kecekapan teknologi maklumat (IT) amat penting memandangkan pelbagai berita cukup mudah tersebar di dunia media sosial sekarang serta secara tak langsung dapat melatih jentera UMNO untuk berfikir dengan kritis, kritikal dan analitikal dalam menghadapi pihak lawan.

Kredit: Berita Harian/Harian Metro

Beberapa bentuk latihan, taktikal dan strategi akan dilaksanakan bagi memastikan jentera UMNO bersiap sedia dengan skop tugas masing-masing.

Program yang berlangsung selama 3 hari ini disertai seramai 252 ahli UMNO dan turut dihadiri oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lazim.

SKIP THIS AD ×