Anggota kumpulan Hijjaz iaitu Isman Nadim Isam menceriakan program Iftar Madani Saudara Kita (IMSAK) Peringkat Negeri Selangor, yang dianjurkan oleh Pertubuhan Jalinan Mawaddah Wa Rahmah untuk anak-anak yatim dan golongan asnaf.
Artikel Berkaitan: ‘Kongsi Rezeki Dengan Anak Yatim Bagi Ketenangan Luar Biasa’ – Putra Amaris
Saya teruja
Dengan kerjasama Mawar Grandeur Event, Isman Nadim berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada acara amal yang dikhususkan buat insan kurang bernasib baik menjelang kehadiran Syawal.
Kata Isman Nadim, usaha seumpama itu wajar diteruskan pada masa akan datang kerana menghimpunkan lebih ramai golongan sasaran sekaligus menyemarakkan lagi makna Ramadan dan Aidilfitri.
Saya berbesar hati dapat berada pada majlis meraikan anak yatim dan golongan asnaf yang sememangnya antara program istimewa.
Apabila diajukan pelawaan Pertubuhan Jalinan Mawaddah Wa Rahmah, saya tidak berfikir panjang kerana inilah masanya kita memberi semula kepada masyarakat.
Wajah gembira mereka sudah cukup membuatkan saya teruja untuk sama-sama mengimarahkan program seumpama ini untuk masa akan datang.
Selain itu, Isman Nadim turut menghiburkan 100 orang anak-anak yatim dengan persembahan nyanyian nasyid yang diadakan di Malakat Mall, baru-baru ini.
Buat majlis khatam Quran
Dalam pada itu, Pengerusi pertubuhan tersebut, Muhammad Hafidz Ismail, berkata, program yang diadakan tersebut melibatkan penghuni Rumah Anak Yatim dan Asnaf Sungai Kantan, Kajang.
Pelbagai pengisian telah dijalankan sempena program ini dan antaranya ialah majlis khatam Quran bersama anak-anak yatim ini yang berlangsung dengan baik pada siang harinya.
Selain itu, kita juga berbuka puasa dan berterawih bersama mereka di sini sambil berkongsi sedikit manfaat dan rezeki.
Kata Hafidz lagi, pihak pertubuhan juga berbesar hati untuk meneruskan program sedemikian pada masa akan datang terutama dalam usaha memberi sumbangan kebajikan kepada mereka yang memerlukan.