berita

The Raw. Ikut Nasihat Azizan Osman Tentang Kepentingan Sedekah, Infak 50 Tan Beras Kepada 10,000 Keluarga Asnaf

April 8th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Kira-kira 10,000 asnaf terutama wanita dan ibu tunggal yang menetap di sekitar Kuala Lumpur serta Selangor telah menerima 50 tan beras infak daripada jenama penjagaan kulit yang disandarkan oleh farmaseutikal sains, The Raw.

Artikel Berkaitan: ‘Tarik Tangan, Siap Pegang Kulit Muka Saya’ – Dahlia Rizal Beri Teguran Kepada ‘Followers’ Untuk Lebih Beradab

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Heliza Helmi Menangis Disambut Rakyat Gaza – ‘Mereka Peluk & Kata Selamat Datang Ke Tanah Kamu Sendiri’

Infak 50 tan beras

The Raw.

Wakil syarikat The Raw. International Sdn. Bhd., Nor Amira Amizan berkata, inisiatif tersebut diharap dapat meringankan bebanan golongan yang memerlukan terutamanya ibu tunggal untuk menyambut Syawal yang akan menjelang beberapa hari sahaja lagi.

Menyedari pelbagai cabaran termasuk kenaikan kos sara hidup memanggil The Raw. untuk bekerjasama dengan beberapa organisasi untuk membantu mereka yang memerlukan.

The Raw. merupakan salah sebuah syarikat berkembang pantas di bawah bimbingan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan RichWorks yang sentiasa menekankan tentang kepentingan memberi sumbangan kepada masyarakat dengan bersedekah dan menjadi usahawan yang bermanfaat kepada ramai orang.

Inisiatif Sentuhan Kasih The Raw. anjuran The Raw. bersama Pertubuhan Kebajikan RichWorks (RichWell) Enrichment Media Lab Sdn. Bhd. dengan kerjasama Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia (Gerakwanis) menginfak dan mengagihkan baki 3,000 daripada 10,000 kampit beras kepada wakil-wakil dari NGO, surau, madrasah tahfiz serta wakil penduduk bandar Tun Razak dan Cheras di D’Sultanaa Event Hall.

Terdahulu, 3,000 kampit beras telah diagihkan di Perumahan Awam Desa Rejang dengan sokongan Persatuan Penduduk Perumahan Awam Desa Rejang serta Gabungan Pengerusi-Pengerusi Penduduk PA PPR DBKL WPKL.

Pada Jumaat lalu, inisiatif itu sudah dimulakan dengan pengagihan 4,000 kampit beras kepada asnaf berhampiran empat masjid terpilih di sekitar Selangor dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Tambah Nor Amira, inisiatif yang dijalankan ini merupakan salah satu budaya dan nilai yang diterapkan dalam syarikatnya bagi memberi kembali kepada masyarakat.

The Raw. merupakan sebuah syarikat bertaraf antarabangsa dalam industri kecantikan yang diasaskan oleh Puan Adibah Mazlan iaitu seorang individu yang berpengalaman sebagai ahli farmasi dan kini jenama itu telah memasuki pasaran rangkaian farmasi seluruh negara.

Adibah menekankan kepentingan wanita mendapatkan kulit sihat tanpa menggunakan produk yang mengandungi bahan berbahaya seperti merkuri kerana produk The Raw. menggunakan bahan yang membantu wanita mendapatkan bukan saja kulit cantik tetapi apa yang lebih penting adalah sihat.

Difahamkan antara selebriti yang pernah menggunakan produk tersebut ialah Dahlia Rizal, Heliza Helmi dan ramai lagi.

Produk The Raw. kini boleh didapati di lebih 500 cawangan Guardian dan 60 Aeon Wellness seluruh negara. Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai jenama The Raw., boleh layari laman web www.theraw.com.my.

SKIP THIS AD ×