berita

Isobar Malaysia & U Mobile Lancar Kempen GoPayz Sama-Sama Savvy Edisi Raya

May 6th, 2020 | by Noraniza
Kini Trending

U Mobile dan Isobar telah bekerjasama untuk melancarkan kempen Sama-Sama Savvy yang memaparkan petua agar rakyat Malaysia lebih bijak dari segi kewangan, dengan GoPayz. Dikonsepkan pada akhir tahun 2019, kempen Sama-Sama Savvy ini menjadi sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan celik kewangan rakyat Malaysia untuk pelbagai lapisan masyarakat.

GoPayz diwujudkan oleh U Mobile dan mewakili usaha Telco ke dunia Fintech yang dimana, lumrahnya merupakan industri yang kompetitif dan inovatif. Berpandukan visi untuk membantu pengguna mendalami pengetahuan tentang kewangan peribadi, penonton kempen disajikan dengan tip kewangan di setiap 40 komik dan 15 video pendek yang dihasilkan melalui perancangan yang telitit untuk menarik minat para penonton.

Dengan penampilan khas, “Bawang Boy” yang diperkenalkan dengan isyarat tangan “OK”, setara dengan slogan GoPayz “All Also Ok”, ianya menerangkan kepada pengguna bahawa mereka mampu melakukan transaksi perkhidmatan kewangan digital pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.

Sejajar dengan kempen Sama-Sama Savvy, sebuah video ucapan Hari Raya menampilkan rentak dikir barat yang turut dibintangi oleh watak-watak GoPayz Sama-Sama Savvy juga dikongsi untuk mendorong orang ramai untuk menunaikan kewajipan Zakat Fitrah dalam talian.

Lirik video ini bertujuan untuk mengingatkan penonton tentang pentingnya kewajipan Zakat Fitrah dan mengalakkan penonton untuk menunaikannya dengan selamat dari rumah. Penyediaan pembayaran zakat secara atas talian selaras dengan matlamat GoPayz untuk menjadi platform yang menyediakan perkhidmatan kewangan yang mudah untuk semua.

Platform zakat adalah perkhidmatan Islam pertama yang disediakan oleh GoPayz, di mana pelanggan kini boleh menunaikan kewajipan zakat seperti Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Simpanan, Zakat Saham, Zakat KWSP, Zakat Emas, Zakat Perak, Qadha Zakat, Zakat Fitrah dan Zakat Harta (pembayaran sekaligus) kepada lembaga zakat yang rasmi dengan mudah melalui aplikasi telefon pintar.

Jasmine Lee, Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile berkata, “Kami ingin memberi peluang kepada rakyat Malaysia, terutama yang tiada perkhidmatan perbankan, untuk membuat keputusan kewangan yang lebih bijak dan meningkatkan pengetahuan kewangan mereka dengan perkhidmatan GoPayz.

Ini menjadi sebab utama mengapa kami memberikan kredit percuma kepada setiap pengguna baru, dan kami mendedikasikan sehingga RM1 juta untuk membantu rakyat Malaysia pada waktu yang mencabar ini. Pengguna GoPayz boleh menggunakannya untuk membayar zakat atau melakukan tambah nilai telefon mudah alih, dan lain-lain lagi dari rumah.”

Menurut San Yen Liew, Pengarah Kreatif Eksekutif Isobar “Topik kewangan mungkin menjadi satu topik yang berat dan rumit bagi beberapa pihak. Melalui kempan Sama-Sama Savvy, kami ingin mengubah persepsi ini menggunakan pendekatan yang berbeza. Ideanya adalah untuk menyampaikan petua kewangan dalam video animasi pendek, dan menjadikannya lebih mudah difahami oleh semua orang.

Kami telah menyusun beberapa petua yang akan dilancarkan sepanjang tahun ini, masing-masing dengan animasi yang tersendiri dan menarik. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran untuk bekerja dari jarak jauh selama tempoh PKP, pasukan kami terus komited dalam menjalankan kempen ini bagi memenuhi perkhidmatan pembayaran zakat atas talian di bulan Ramadan, dan kami amat bangga dengan hasilnya.”

GoPayz komited untuk terus mengembangkan perkhidmatan digitalnya bagi memberikan kemudahan dan akses tanpa had kepada semua pelanggannya.

Bersempena dengan pelancaran tersebut, GoPayz memberi penghargaan kepada pelanggan sebanyak RM5 untuk setiap pendaftaran baru GoPayz bermula dari 2 April 2020.

Video Dikir Raya GoPayz boleh ditonton di https://www.facebook.com/322173061771711/posts/554052255250456/

Aplikasi GoPayz just boleh dimuat turun di App Store Apple dan Google Play Store di https://bitly.com/GoPayz

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×