Isteri kepada pelawak dan pelakon, Along Cham iaitu Afreena Suhaimi mengakui dirinya tertekan susulan dengan penahanan suaminya pada Sabtu lalu.
Artikel Berkaitan: Along Cham Mengaku Tidak Bersalah Atas Dua Pertuduhan Miliki Dadah Jenis Kanabis Seberat 60.31G
Artikel Berkaitan: Pelawak Tiba Di Mahkamah Sepang Dengan Kenderaan Polis Bagi Pertuduhan Miliki Ganja
‘Saya perlu jalani situasi ini’
Walau bagaimanapun, Afreena memaklumkan dia tetap perlu kuat demi meneruskan kehidupannya bersama anak-anak.
Saya ‘anxiety’ sekarang ni sebab isteri mana yang tak susah hati bila suami dalam situasi macam ni.
Sudah tentu saya akan penat dengan situasi yang berlaku ketika ini tetapi saya perlu kuat untuk anak-anak.
Macam mana sekali pun, saya perlu menjalani situasi ini.
Afreena berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di Mahkamah Sepang pada Jumaat.
Sementara itu, wanita berusia 32 tahun ini menegaskan dia akan sentiasa berada di sisi Along untuk memberikan semangat buat pelawak itu dalam apa jua keadaan.
Saya nak orang tahu, Along Cham atau Muhammad Nizamudin Ahmad tetap suami saya. Saya akan sentiasa dengannya dalam apa jua keadaan.
Saya akan berjuang dengan dia dan akan mempertahankan hak dia. Tiada isteri yang nak lihat suami dia jatuh dan dalam kesakitan.
Biy (Along), saya tahu perasaan kamu saat berada di dalam. Bertahanlah, saya berjanji awak akan keluar dan kita akan hidup bahagia bersama.
Along seorang yang kuat
Sementara itu, peguam yang mewakili Along iaitu Mohd Fadly Hashim menyifatkan anak guamnya itu sebagai seorang yang kuat.
Dia seorang yang kuat dan saya akan cuba sedaya upaya untuk bantu dia kendalikan kes ini.
Terdahulu, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sepang atas pertuduhan memiliki dadah jenis kanabis seberat 60.31 gram.