berita

Isteri Berang Suami Ketagih Berjudi, Ugut Nak Bakar Zakar

February 2nd, 2023 | by Wani
Kini Trending

Oleh kerana kerap berjudi, seorang isteri di Thailand bertindak mengugut untuk membakar zakar suaminya menggunakan besi panas.

Artikel Berkaitan: Syak Suami Curang, Isteri Naik Hantu Selamba Tikam & Gigit Kemaluan Suami

Artikel Berkaitan: Profesor Psikologi Potong Zakar Suami, Butakan Mata Sebelum Bunuh

Artikel Berkaitan: Pencuri Nigeria Dihukum Gigit Zakar Sampai Putus

Seterika zakar saya

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan The Thaiger, wanita tersebut memuat naik gambar dan video suaminya di media sosial yang kelihatan sedang diikat. Difahamkan, hal itu untuk memalukann suaminya oleh kerana terlalu kerap berjudi secara dalam talian (online).

Tujuan hantaran tersebut adalah untuk warganet menjadi saksi dengan perjanjian yang dibuat oleh lelaki itu untuk tidak berjudi lagi.

Saya tidak akan menyertai perjudian dalam talian. Jika saya gagal buat sedemikian, anda boleh meletakkan seterika panas pada zakar saya.

Hukuman

Sekadar gambar hiasan

Sementara itu, wang saku lelaki tersebut juga dikurangkan kepada 150 baht (RM19) oleh isterinya sebagai hukuman.

Menerusi satu temu bual, lelaki itu memaklumkan bahawa dia menerima 200 baht (RM25) untuk membeli makanan dan minuman di tempat kerjanya. Difahamkan, dia menggunakan sebahagian daripada wang yang diterima itu untuk berjudi menerusi telefon bimbit.

Walau bagaimanapun, lelaki itu berterus terang dan mengakui kesalahan yang dibuat oleh kerana khuatir isterinya akan meminta cerai.

Sumber: TheThaiger

SKIP THIS AD ×