Pempengaruh dan Youtuber sensasi Indonesia, Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah selamat menimang cahaya mata perempuan pertama mereka semalam. Khabar gembira yang dinanti-nanti ramai itu dikongsi Atta dalam satu hantaran Instagramnya dengan menunjukkan dia memegang tangan comel bayi sulungnya itu. Tahniah!
Malaikat hidupku
22 Februari 2022. Malaikat hidupku.
Menerusi laporan Kompas, Atta dipercayai menyewa satu tingkat hospital bagi urusan kelahiran anak sulungnya itu. Atta melakukan tempahan empat bilik VIP di tingkat Rumah Sakit Bunda, Jakarta buat keluarganya dan keluarga mentua. Difahamkan, kedua-dua belah keluarga turut menemani pasangan berkenaan sepanjang proses kelahiran berlangsung.
Sebelum ini, Atta dan juga Aurel turut berkongsi beberapa keping gambar momen sebelum kelahiran anak pertama mereka. Beberapa jam sebelum bayi mereka dilahirkan, Atta sempat berkongsi bilik tidur anak perempuannya yang sudah siap dihias indah dengan tema berwarna merah jambu.
Cahaya sempurna bagi keluarga
Bismillahirahmanirahim. Telah lahir cucu kesayangan kami. Cahaya sempurna bagi keluarga. Selamat kepada yang saya cintai suamiku, anaknda Atta dan Aurel yang saya hormati, bapa ibu Halilintar, bapak ibu Anang Hermansyah dan Ashanty, seluruh keluarga yang berbahagia. Saya ucap terima kasih yang teramat dalam atas segala perhatian dan doanya.
Penyanyi terkenal, Anang dan Krisdayanti turut memuat naik sekeping foto bersama cucu sulung mereka di Instagram. Menurut Krisdayanti, dia bersyukur urusan anak perempuannya untuk bersalin dipermudahkan. Sebagai ibu, Krisdayanti gembira kerana dia dan bekas suami sudah menjadi datuk dan nenek.
Sumber: Kompas