berita

Isteri Buat Live ‘Tangkap’ Suami Syok Dating, Bila Tanya..Kata Tengah Sibuk Meeting! – ‘Anniversary Yang Dikhianti..’

March 17th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Tak dapat digambarkan betapa remuknya hati seorang isteri apabila suami tercinta tergamak bermain kayu tiga dengan wanita lain.

Suami kantoi curang

Baru-baru ini, seorang wanita membuat siaran langsung di TikTok saat ‘menangkap’ suaminya berlaku curang dan berdua-duaan dengan wanita lain. Wanita ini akui kesal dan terkilan dengan tindakan suaminya yang masih belum berubah meskipun sudah berkali-kali diberi peluang.

Menerusi video yang dikongsikan, wanita berkenaan melihat suaminya berdua-duaan dengan seorang wanita di sebuah restoran. Dia kemudian sengaja menghubungi si suami dan bertanya keberadaannya tetapi jawapan yang diterima sangat mengecewakan. Si suami menipu kononnya sedang sibuk menghadiri mesyuarat tetapi sebenarnya sedang bersama dengan wanita lain.

Lebih menyakitkan hati apabila kedengaran si suami meninggikan suara sebelum telefonnya dirampas wanita disebelahnya dan meminta supaya mereka tidak diganggu.

Si isteri akui sangat kecewa apabila dia dikhianati pada hari ulang tahun perkahwinan mereka.

Tiada apa yang hendak dikata lagi, banyak kali bagi peluang masih sama. Hari ulang tahun perkahwinan yang sepatutnya disambut bersama tapi dikhianati. Jangan tanya kenapa tak serang, tiada penyelesaian jika ikut hati.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×