Jarang- jarang berlaku, seorang wanita tampil mencari calon isteri kedua buat suami dan mengiklannya di media sosial sehingga mendapat pelbagai reaksi warganet.
Artikel Berkaitan: Wanita Lamar Madu Untuk Suami – ‘Ada Yang Kata Perbuatan Ini Gila’
Artikel Berkaitan: Ustaz Cakap Isteri Pertama Untuk Dihargai, Isteri Kedua Untuk Dicintai’ – Abang Tesla
Berkongsi kasih
Menerusi perkongsian di platform X, wanita tersebut mendedahkan hasratnya untuk berkongsi kasih dengan wanita lain adalah kerana dia tidak lagi mampu untuk memberi nafkah batin terhadap suaminya.
Aku nak cari isteri lagi satu untuk suami aku sebab aku tak larat nak layan dia. Dia cakap kerja dia stres jadi ‘sex drive’ dia tinggi.
Tak apa aku tak kisah kongsi suami. Dia balik rumah kau selalu pun tak apa, yang penting kau jangan la pisau cukur sangat pulak.
Menurut wanita itu, duit tidak menjadi halangan kerana suaminya berkerja sebagai jurutera dan mempunyai pendapatan sebanyak RM18,000 sebulan.
Kalau ada yang betul-betul serius nak jadi isteri kedua, beritahu ya. Aku akan pastikan suami aku bagi kau setiap bulan RM3,000 elaun tak termasuk tanggungan hidup kau. Aku pun gaji RM6,000 jadi aku tak kisah sangat.
Respon netizen
Menjengah ke ruangan balas, terdapat segelintir warganet yang memberi respon baik terhadap tawaran tersebut malah ada yang sanggup untuk menjadi isteri kedua.
Bagaimanapun, ada juga di antara mereka yang tidak bersetuju dengan mendakwa akan ada individu yang mengambil kesempatan terhadap tawaran berkenaan berikutan wanita tersebut mendedahkan jumlah gaji dia dan suami.
Dalam masa yang sama, warganet juga menganggap tawaran tersebut hanyalah semata-mata wang dan nafsu bukan kerana ikhlas menjalankan amanah sebagai seorang isteri.
Sumber: Platform X